SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة

PEMIMPIN PAS MEMBUAT HUKUM SENDIRI DEMI POLITIK

>> Sabtu, Februari 28, 2009

DIPETIK DARI WEB http://umno-online.com/



KUALA LUMPUR: Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula dengan amanat Haji Hadi Awang pada April 1981 menyatakan sesiapa di kalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.

Haji Hadi membuat amanat itu semata-mata kerana padanya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, padahal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh Pas 6 (11)).

Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif 1999.

Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 15 April 1995 bahawa tokoh-tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO pada pilihan raya umum 1995.

Pada 24 Januari 1999, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Dap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah dengan syaitan sekalipun dia terima berkawan.

Sebaik sahaja memegang memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada pilihan raya umum 1999, Datuk Seri Haji Hadi mempersendakan hudud Allah dengan mengatakan pelaksanaan hukum hudud melalui proses yang panjang apabila, katanya:
“Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.”

Pada tahun 1999, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup menghina Allah mengatakan Allah memaki, mencemuh dan mencarut semata-mata kerana hendak membela seorang ahli Pas yang menulis buku berjudul ‘Shit’.
“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat.

“Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan carut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam.”

Semua ini merupakan contoh bagaimana pemimpin-pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.

Natijahnya, sehingga kini pengikut dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN

Arkib Blog

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP