KEMANA PERGINYA ULAMAK PAKATAN RAKYAT???
>> Selasa, Februari 24, 2009
INI ADALAH PETIKAN DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 24 FEBRUARI 2009 BERSAMAAN 28 SAFAR 1430H.
SEPANJANG BERITA INI DIKELUARKAN APA YANG KITA LIHAT CUMA DEWAN PEMUDA PAS SAHAJA YANG MEMBANTAH CADANGAN INI.
KEMANA PERGINYA KOMEN TUAN - TUAN GURU MERAKA???
ADAKAH MERAKA MERESTUI PENUBUHAN MAJLIS INI???
APA YANG KITA HARAP AKAN ADA KOMEN YANG BAIK DARI MEREKA INI
DAP hina Islam?
Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
2 ulasan:
Benar tu.. kita kena lawan sampai habis habisa..
mereka tidak mahu ketinggian Islam terpelihara dengan berusaha menjadikan agama lain sebagai satu agama yang benar...
Kita kena sedarkan Lim Guan Eng di mana kakinya dipijak.
Jika tidak nanti kita risau dia akan memijak 'kepala' kita dan masa itu dia akan dipijak beramai2.
Jangan sampai ada orang hilang sabar isu agama ini.
Salam sejahtera.
Semalam dua ahli PAS telah membuat repot polis terhadap Shabudin Yahya berhubung dakwaannya terhadap Penubuhan Majlis Perundingan Agama di Pulau Pinang.
Saya hairan dengan orang-orang yang menggelarkan diri mereka memperjuangkan Islam sekarang. Mereka sanggup diperkuda dan dibiar dirinya dipergunakan untuk meruntuhkan ugamanya sendiri. Mereka ini kena mengucap kerana menyokong pihak yang hendak meruntuhkan Islam. Mana Nik Aziz, mana Haji Hadi . Tolong lah perbetoi sikit pengikut mereka ni. Apa yang kita bimbangkan mereka juga dipihak tersebut....
Memang dunia akhir zaman dah...
Catat Ulasan