SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURASUL 12 RABIULAWAL 1431H

>> Jumaat, Februari 26, 2010



MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGUCAPKAN SELAWAT KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Read more...

MIND YOUR OWN BUSINESS AUSTRALIA

>> Rabu, Februari 17, 2010


BANNER INI ADALAH SALAH SATU PROTES DIATAS KEBIADAPAN 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENCAMPURI URUSAN DALAMAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010

>> Sabtu, Februari 13, 2010




ADI JAGAT PUTRA...

MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA MASYARAKAT TIONGHUA KHASNYA DAN KEPADA SELURUH WARGA MALAYSIA

SALAM 1 MALAYSIA

semoga tahun harimau ini membawa kekuatan dan kebahagian

Read more...

DR.ZAMBRY MB PERAK YANG SAH

>> Selasa, Februari 09, 2010



SEBENTAR TADI MAHKAMAH PERSEKUTUAN TELAH SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN Y.A.B DATO'SERI DR.ZAMBRY ABDUL KADIR KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Moh Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Mahkamah Persekutuan antara lain menyatakan proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan. (Sumber : Berita Harian Online)

SEKARANG TELAH SAH SIAPA YANG MENJADI MB PERAK.
DIHARAP SELEPAS INI TIDAK LAGI BERLAKU PERTIKAIAN.INI KERANA SUDAH SAMPAI MASANYA SEMUA YANG TERLIBAT KEMBALI MENUMPUKAN KERJA UNTUK MEMBANTU RAKYAT DAN MEMAJUKAN NEGERI PERAK.

DAN SELEPAS INI DIHARAPKAN KEADAAN POLITIK PERAK KEMBALI TENANG.DAN KERJA-KERJA UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK.DAN RAKYAT PERAK DAPAT KEMBALI DISATUKAN

Read more...

ANWAR TAK PERCAYA PADA KEADILAN...

>> Khamis, Februari 04, 2010




BERMULA DARI 2 FEBRUARI 2010,PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM.

ANWAR TAK PERCAYA PADA KEADILAN,INI KERANA ANWAR AKAN BERUSAHA UNTUK MENANGGUHKAN KES INI DENGAN MEMBUAT PERMOHONAN PERMOHONAN YANG MELAMPAU.KENAPA INI BERLAKU TAK PERCAYA KAH ANWAR PADA SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA.ATAUPUN ANWAR BENAR-BENAR BERSALAH,SATU PERSOALAN YANG BERMAIN DIMINDA RAKYAT.

KALAU BENAR ANWAR MERASAKAN DIRINYA TIDAK BERSALAH,DIA AKAN MEMBIARKAN PERBICARAAN INI BERLANGSUNG DGN SEBAIKNYA.


TINDAKAN ANWAR ITU TELAH MENAFIKAN HAK UNTUK MENDAPATKAN PENGADILAN YANG BAIK UTK SAUDARA SAIFUL BUKHARI.

TIDAKKAH ANWAR YAKIN DENGAN KEKUASAAN ALLAH YANG MENJADI PELINDUNG PADA LANGIT DAN BUMI.YANG ALLAH AKAN MELINDUNG ORANG-ORANG YANG BENAR DAN TIDAK BERSALAH.JIKA DIA MERASAKAN DIRINYA DIINAYA OLEH ORANG LAIN.

PERSOALANYA KEMANA PERGINYA BARISAN AWAL PEGUAM-PEGUAM YANG MEMBELA ANWAR???
ADAKAH MEREKA JUGA SUDAH TIDAK YAKIN PADA ANWAR...

KENAPA ANWAR MENGHERET BEGITU RAMAI ORANG DALAM KES INI.
TERLALU HEBATKAH ANWAR SEHINGGA DIA MENGATAKAN SEMUA ORANG NI YANG MEMBUAT KONSPIRASI LIWAT DIA INI.

PADA ADIJAGATPUTRA JIKA BENAR ANWAR TIDAK BERSALAH DIA AKAN MENGUCAPKAN SUMPAH LAKNAT SEPERTI MANA SAIFUL BERSUMPAH,TAPI SEHINGGA KEHARI INI ANWAR MASIH BELUM MELAKUKANYA...

JADI ADIJAGATPUTRA BERHARAP AGAR SEMUA ORANG DAPAT MEMIKIRKAN TENTANG PERKARA INI DENGAN LEBIH WARAS DAN RASIONAL

Read more...

PAKATAN RAKYAT P.PINANG SEMAKIN RETAK

>> Rabu, Februari 03, 2010

Guan Eng tak sebulu Exco, Adun
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
fazliabdullah@bharian.com.my



Bekas pemimpin veteran DAP dedah pergeseran dalam parti

GEORGETOWN: Seorang bekas pemimpin veteran DAP, Tham Weng Fatt, semalam mendedahkan mengenai pergeseran yang didakwa berlaku di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan beberapa Exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu sendiri hingga menyebabkan keretakan dalam DAP semakin buruk.

Tham yang menganggotai DAP selama 22 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang sebelum menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), bulan lalu, mendakwa pergeseran itu berlaku kerana perebutan kuasa tetapi perkara berkenaan cuba disembunyikan Lim.

Beliau mendakwa pergeseran itu antara lain membabitkan Guan Eng dengan Exconya, Phee Boon Poh dan Law Heng Kiang serta Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi.

"Saya berada dalam parti selama 22 tahun dan saya tahu apa yang berlaku. Sememangnya berlaku keretakan dalam parti yang semakin buruk dan menunggu masa untuk meletup," katanya ketika ditemui di sini.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dikritik hebat sejak kebelakangan ini terutama oleh wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng, masing-masing Ahli Parlimen Bayan Baru dan Nibong Tebal.

Zaharin melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis, manakala Tan mendakwa Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang diabaikan dan tidak gemar dikritik.

Tham berkata, keretakan dalam DAP juga berlaku kerana layanan berbeza oleh Guan Eng terhadap pemimpin yang dibawa ketika pilihan raya umum lalu berbanding dengan veteran DAP yang memastikan kemenangan parti sebelum ini.

"Awak sendiri boleh lihat ahli baru di pejabat Ketua Menteri dan Ibu Pejabat DAP (di Pulau Pinang). Mereka ini adalah orang Guan Eng," katanya.

Tham berkata, keretakan dalam DAP sebenarnya bukan perkara baru tetapi keadaannya sekarang bertambah buruk.

"Guan Eng sendiri mengakui perkara itu ketika bercakap pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya, bulan lalu. Saya dijemput menghadiri majlis itu kerana ketika itu masih ahli DAP," katanya.

Beliau berkata, Guan Eng perlu sedar beliau adalah Ketua Menteri untuk semua rakyat Pulau Pinang dan perlu berhenti bertindak seperti Setiausaha Agung DAP.

Tham juga mendakwa Guan Eng bertindak seolah-olah cuba menguasai segala-galanya dalam pakatan pembangkang sehingga menyebabkan ahli PKR dan Pas tidak berpuas hati.

"Oleh kerana itulah mereka mengkritik dan menghentamnya," katanya yang meminta Ketua Menteri bertindak segera memperbetulkan kesilapannya.

Sementara itu, Tan menegaskan beliau akan tetap mengkritik rakan dalam pakatan pembangkang walaupun menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali, semalam, supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan.

"Saya tidak akan tunduk dengan arahan itu kerana percaya segala pendedahan serta kritikan berhubung kelemahan yang berlaku dalam pakatan demi memperjuangkan hak parti serta rakyat yang terhakis.

"Saya sedia dipecat dan sudah pun menjangkakan hukuman bakal menanti," katanya ketika dihubungi.

Tan turut menjelaskan beliau tidak pernah melobi jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), sebaliknya dilakukan oleh partinya sebelum ditolak DAP.

"Mereka beritahu saya tidak boleh memegang jawatan itu. Inilah sikap diktator sedangkan saya tidak berminat kerana pernah dilantik pada 1998 dan meminta diberikan kepada wakil Angkatan Muda Keadilan atau Wanita PKR.

"Saya juga tidak pernah menggunakan kedudukan sebagai Ahli Parlimen untuk melobi premis perniagaan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Jalan Irrawady, Georgetown untuk disewakan kepada bapa saudara seperti didakwa Jeff Ooi," katanya.


LAPORAN DARI BERITA HARIAN INI JELAS MENUNJUKAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG SEMAKIN RETAK.

INI BERLAKU KERANA PAKATAN RAKYAT DIASASKAN ATAS DASAR SATU MATLAMAT IAITU UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL,BUKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT SEPERTI YANG MEREKA SELALU LAUNGKAN DALAM CERAMAH - CERAMAH MEREKA.HASILNYA RAKYAT TETAP TERPINGGIR DAN TAK MENDAPAT PEMBELAAN SEWAJANYA.

PAKATAN RAKYAT LEBIH SUKA MENJAJA CERITA FITNAH KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL.DARI MAMBUAT KERJA UTK RAKYAT SEPERTI YANG MEREKA JANJIKAN SEMASA CERAMAH PILIHANRAYA.

ADAKAH PARTI SEPERTI INI YANG AKAN DIUNDI LAGI OLEH PENGUNDI PENGUNDI DI PULAU PINANG.

MARILAH SAMA- SAMA KITA FIKIRKAN SEMULA.BUAT LAH PILIHAN YANG BIJAK DEMI UNTUK MASA DEPAN ANAK CUCU KITA NANTI

Read more...

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP