SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









PENJENAYAH JADI HERO

>> Sabtu, Januari 31, 2009






SAYA AGAK TERTARIK DGN TAJUK ITU ENTAH KENAPE SEJAK KEBELAKANGAN INI KITA LIHAT TERLALU BANYAK PIHAK YANG CUBA MEMAINKAN ISU UNTUK MENCETUSKAN KEKACAUAN DALAM NEGARA.

KENAPA INI TERJADI???

KERANA KEPENTINGAN POLITIK INDIVIDU TERTENTU KAH???
ATAU PUN MEMANG ADA PIHAK YANG CUBA MENCABAR KEWIBAWAAN KAUM TERTENTU???
ATAU MEMANG ADA PIHAK YANG INGIN MELIHAT NEGARA KITA KUCAR KACIR.KERANA APA YANG SAYA LIHAT CARA PERMAINAN ISU PENJENAYAH YANG MATI ITU TERLALU MIRIP DENGAN PERISTIWA PAHIT YANG KITA TELAH ALAMI 40 TAHUN DAHULU.

MUNGKIN DIKALANGAN ORANG-ORANG LAMA MUNGKIN MASIH INGAT DENGAN PERISTIWA PAHIT 13 MEI 1969.ADAKAH KITA SEMUA INGIN LALUI LAGI PERISTIWA TERSEBUT.ADAKAH KITA INGIN GADAIKAN SEGALA KEAMANAN , KEMAKMURAN , DAN PEMBANGUNAN NEGARA YANG TELAH KITA BANGUN KAN BERSAMA-SAMA SELAMA INI HANYA KERANA KEPENTINGAN POLITIK DIRI KITA SENDIRI

BANYAK PIHAK YANG BERKEPENTINGAN POLITIK CUBA MENANGGUK DI AIR YANG KERUH DAN CUBA UNTUK MEMPERBESARKAN ISU TERSEBUT.

ADAKAH KITA SANGGUP MEWARISKAN KEPADA ANAK CUCU KITA NANTI SEBUAH NEGARA YANG MUSNAH DEK KERANA GHAIRAHNYA KITA BERPOLITIK.

KENAPA PERLU TERJADI PERKARA SEDEMIKIAN SEDANGKAN DULU KITA HIDUP HARMONI DIANTARA SATU SAMA LAIN,BOLEH DUDUK SEMEJA BERBINCANG UNTUK MEYELESAIKAN MASALAH KAUM MASING - MASING.KENAPA SEKARANG DAH TAK BOLEH LAGI KITA LAKUKAN SECARA HARMONI.

ADAKAH KITA SUKA KITA BERTEMPUR,BERPERANG SESAMA SENDIRI.HANYA UNTUK MEMUASKAN NAFSU BEBERAPA ORANG YANG TAK MAHU MELIHAT KEMANAN DIKEKALKAN.

SAMA-SAMA LAH KITA FIKIRKAN PERKARA INI SEDALAM-DALAMNYA

CUBA KITA LIHAT GAMBAR ANAK-ANAK TERSEBUT.ADAKAH KITA SANGGUP MEMBUATKAN MEREKA MENDERITA HANYA KERANA KITA TERLALU RAKUS MENGIKUT HAWA NAFSU SEHINGGA MENGADAI KEAMANAN MEREKA DIMASA DEPAN

Read more...

Pendustaan punca 3 sifat munafik

>> Jumaat, Januari 30, 2009

PADA zaman Rasulullah SAW, pegawai kerajaan diarahkan menyimpan apa
saja yang mereka terima sebagai hasil negara dalam Perbendaharaan
Awam. Rasulullah SAW turut memberi peringatan, "Wahai manusia!
Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir
oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya
sebatang jarum, atau lebih, dia sudah berkhianat, dan akan membawanya
di Hari Kebangkitan. " (Hadis riwayat Abu Dawud)

Peringatan Rasulullah SAW itu selaras amaran Allah dalam firman
bermaksud: "Sesiapa yang berkhianat menggelapkan sesuatu harta
(kepunyaan semua), dia akan datang menanggung apa yang dikhianatkan
itu pada Hari Kiamat; kemudian akan dibalas tiap-tiap seorang apa yang
dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiayai." (Surah Ali-'Imran, ayat
161)

Peringatan itu penting kerana mereka yang diamanahkan untuk memerintah
memiliki kuasa besar terhadap cara hasil negara dibelanjakan. Untuk
mendokong sifat amanah terhadap kuasa inilah Allah merakamkan dalam
al-Quran keperluan menyerahkan kerja kepada seseorang berperibadi kuat
(al-qawiyy), iaitu yang berupaya serta berkebolehan (Surah al-Qasas,
ayat 26).

Justeru, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan bahawa ada tiga
tanda orang munafik iaitu :

1. apabila dia berbicara, dia berdusta;
2. apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; dan
3. apabila dia diamanahkan, dia berkhianat.

Dalam riwayat dirakamkan Imam Muslim, ada pernyataan tegas Rasulullah
SAW mengenai golongan munafik iaitu `dia turut puasa, sembahyang dan
menganggap diri Muslim.'

Keprihatinan akhlak yang menjadi lunas Islam tidak berlawanan dengan
apa yang pernah dinyatakan Marcus Tullius Cicero dalam risalahnya De
Officiis, "tidak ada perbuatan aniaya yang lebih menonjol daripada
perlakuan seseorang hipokrit, yang serentak dengan sifatnya yang
khianat, berpura-pura berbuat kebajikan."

Sesungguhnya, perlakuan aniaya paling membinasakan kepada diri
sendiri, masyarakat dan negara berkisar kepada tiga kejahatan itu
iaitu berdusta, mungkir janji, dan mengkhianati amanah.

Dunia Islam semasa, sudah lama diperingatkan untuk mengawal kejatuhan
moral itu sejak Persidangan Pertama Sedunia mengenai Pendidikan Islam
di Makkah, pada April 1977, apabila Prof Dr Syed Muhammad Naquib
al-Attas membentangkan kertas sidang pleno mengenai The
Dewesternization of Knowledge.

Beliau juga mengingatkan, walaupun tiga sifat itu kedengarannya
seperti tiga perlakuan berbeza, pada hakikatnya ia adalah tiga darjat
pendustaan apabila berbicara, berdusta apabila memungkiri janji,
berdusta melalui perlakuan pecah amanah dan menyelewengkan kuasa.

Banyak ayat al-Quran dan hadis sahih memperkuatkan lunas Islam ini.
Dalam Islam, sifat khianat adalah musuh kepada keimanan yang hakiki
dan kesedaran untuk menyerahkan diri hanya kepada Allah Tuhan Yang
Maha Esa, tidak kepada yang selain-Nya. Seseorang Mukmin tidak mungkin
berakhlak dusta atau pecah amanah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa tidak memiliki kejujuran,
tidak memiliki iman; dan sesiapa yang tidak memelihara janji, bukanlah
seorang yang beragama." (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Kesarjanaan Islam mentakrifkan insan sebagai al-hayawan al-natiq.
Secara harfiah, insan adalah `hidupan berkata-kata, ' bermakna
pertalian dengan tutur katanya, seseorang itu akan mencerminkan jiwa
dalamannya.

Berkenaan perkara itu, pemikir Perancis, Michel Eyquem de Montaigne
pernah menyatakan, "Sebagai manusia, kita terikat hanya dengan apa
kita tuturkan.

Oleh kerana persefahaman antara seorang manusia dengan manusia lain
boleh dinyatakan melalui tutur kata, sesiapa berdusta dalam
tuturbicaranya adalah mengkhianati masyarakat manusia. Tutur kata
adalah satu-satunya alat untuk menyampaikan iradat dan fikiran kita;
tuturbicara adalah penterjemah jiwa. Dengan berdusta, tiada lagi tali
mengikat antara manusia. Pendustaan memutuskan semua perhubungan
masyarakat dan meleburkan semua ikatannya."

Bijak-pandai Melayu mengungkapkan lunas akhlak bersifat alami ini
menerusi pepatah `kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.'

Justeru, manusia khianat pada janji dan ikatan amanah adalah lebih
hina daripada kerbau dan lembu, seperti peringatan al-Quran, "Mereka
itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi." (Surah al-A'raf, ayat 179)

Demi menegaskan kewajipan untuk tidak mengkhianati amanah, Allah
memerintahkan orang beriman supaya menyempurnakan ikatan janji amanah
yang kukuh.

Al-Raghib al-Isfahani menjelaskan, tiga jenis ikatan amanah iaitu :

* perjanjian antara insan dengan Tuhan,
* janji antara manusia dengan dirinya sendiri dan
* janji antara seseorang manusia dengan manusia lain yang serasi
dengan persyaratan agama.

Misalnya, perjanjian perdagangan antara penjual dengan pembeli,
persepakatan masyarakat antara pelbagai kelompok kaum, akad-nikah
perkahwinan dan persetiaan antarabangsa.

Perjanjian tersirat yang perlu ditunaikan dengan saksama seperti
perjanjian tersirat antara tuan rumah dengan tetamunya, pengembara
dengan pengiringnya, majikan dengan pekerjanya dan seterusnya.

Abdullah Yusuf Ali menyatakan, seseorang yang meninggalkan mereka yang
berada dalam tanggungjawabnya dan sebaliknya pergi `beribadah'
berseorangan di padang pasir adalah seorang bacul yang mengabaikan
`uqud atau tugas wajibnya.

Tambahan pula, "Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah
kepada yang berhak." (Surah al-Nisa', ayat 58).

Ayat al-Quran ini merangkumi segala amanah, sama ada berkaitan harta
benda, atau berkaitan dengan akhlak.

Jika ada tugas perlu ditunaikan kepada seseorang yang lain, tugas itu
adalah amanah wajib ditegakkan, maka mengerjakannya dengan sempurna
dan penuh tanggungjawab adalah perbuatan menyerahkan amanah kepada
yang berhak.

INTI PATI

* Sifat khianat adalah musuh kepada keimanan yang hakiki.
* Tuturkata mencerminkan jiwa dalaman.
* Pendustaan memutuskan semua perhubungan masyarakat dan meleburkan
semua ikatannya.
* Allah memerintahkan orang beriman menyempurnakan janji.
* Tiga jenis ikatan amanah adalah perjanjian antara insan dengan
Tuhan, janji manusia dengan diri sendiri dan janji manusia dengan
manusia lain.

Read more...

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi
daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu
mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau
bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat
kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan
janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau
ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : " Kalaulah aku lakukan
itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah
telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan- Nya Ia
lakukan, kerana perkataan `kalau' itu membuka jalan kepada hasutan
syaitan. "

(Riwayat Muslim)

Huraian & Pengajaran Hadith :

* Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana
ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk
mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula
adalah sebaliknya.

* Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu
di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan
ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang
dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun
ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

* Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk
bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan
menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa
sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh
diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah
diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

* Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui
kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan
perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi
hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

* Janganlah sekali-kali disebut perkataan `kalau' jika mengalami
kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan
syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha
kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Read more...

PENDATANG ASING + MASALAH EKONOMI

>> Rabu, Januari 28, 2009

MASALAH EKONOMI

SEJAK KEBELAKANGAN INI KITA TELAH MENGALAMI KEMEROSOTAN EKONOMI.
HARGA SAWIT JATUH???
HARGA TELUR YANG MENINGKAT NAIK KETAHAP YANG TAK MUNASABAH???
HARGA BARANGAN LAIN YANG MENINGKAT MENDADAK???
HARGA PERKHIDMATAN SEPERTI TEKSI DAN BUS NAIK???

SEMUA YANG DIATAS INI NAIK APABILA HARGA MINYAK DUNIA NAIK!!

TAPI APABILA HARGA MINYAK TURUN ADAKAH MEREKA TURUN , JAWAPANNYA TIDAK MALAH MAKIN MENINGGKAT

APA PUNCA SEMUA INI?
KURANG PEMANTAUAN KAH?
ATAU PENIAGA , PEMBORONG , PENGELUAR , DAH MAKIN BESAR KEPALA KAH?

KENAPA PERLU DIBEBANKAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN INI.

PENDATANG ASING

KENAPA PEKERJA ASING INI DIPERLUKAN SANGAT?
TAK CUKUP KAH PEKERJA TEMPATAN???
TERLALU PEMALASKAH RAKYAT MALAYSIA INI??

APA YANG DILIHAT MASIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENGANGGUR KENAPA?
INI DAH JADI MACAM KATA - KATA NENEK MOYANG KITA
" KERA DIHUTAN DISUSUKAN , ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN "

DARI SATU SUMBER YANG SAYA PEROLEHI DI PENJARA MALAYSIA TERDAPAT 70000 PENDATANG ASING TANPA IZIN YANG DITAHAN DIPENJARA DALAM TEMPOH YANG AGAK LAMA.KENAPA TIDAK DIHANTAR PULANG SAHAJA MEREKA INI.

ADAKAH KITA TAHU BAHAWA KOS MAKAN MERAKA DIDALAM PENJARA DALAM ANGGARAN RM7 SEHARI CUBA BAYANG KAN DIKALI DENGAN 70000 .AGAK AGAK BERAPA YANG PERLU KERAJAAN KELUARKAN SEHARI HANYA UNTUK MEMBERI MAKAN KEPADA TETAMU YANG TAK DIUNDANG INI.KERAJAAN PERLU MENGELUARKAN RM 490000 UNTUK HANYA MEMBERI MEREKA MAKAN SEHARI.CUBA BAYANGKAN KALAU MERAKA DITAHAN SEBULAN ATAU LEBIH.BERAPA JUTA LAGI YANG PERLU DIKELUARKAN.KENAPA MEREKA INI TIDAK DIHANTAR BALIK SERTA MERTA.

ITU BARU DIPENJARA MALAYSIA TAK TERMASUK YANG DITAHAN DI DEPO TAHANAN IMIGRESEN MALAYSIA TAH BERAPA JUTA LAGI YANG ADA???

DIHARAP PIHAK YANG BERKENAAN DAPAT BERTINDAK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT.SUPAYA RAKYAT BOLEH MENIKMATI KEMAKMURAN NEGARA

SEKIAN

Read more...

ORANG MELAYU KENA KEMBALI BERSATU

Kini kita lihat semangat penyatuan ORANG MELAYU makin pudar.
Kita lihat generasi muda kita hari ini makin berpecah dek kerana masalah politik remeh yang merugikan . kini kita lihat sudah ramai orang bukan melayu mengkritik dan mempertikaikan hak dan semangat melayu.ini berlaku kerana kita berpecah menjadi beberapa puak tertentu.kita sudah jadi seperti golongan arab jahiliah yang berpuak - puak.ini lah punca yang menjadikan ORANG MELAYU lemah dan ada yang mundur.ada dikalangan kita yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri tanpa menghiraukan orang lain sedangkan islam mengajar kita bersatu padu.Nenek moyang kita dulu pun mengajar kita sikap bantu membantu dan semangat setia kawan.untuk menyelesaikan masalah ini kita haruslah membuang segala persengketaan , salah faham , perbezaan pendapat untuk kita duduk semeja berfikir bagaimana untuk menjadikan ORANG MELAYU lebih baik dan releven pada masa akan datang.
sekian

Read more...

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Perhimpunan Agung UMNO Jun 2001
PWTC, Kuala Lumpur

Read more...

Perjuangan yang belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.
Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.
lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.
Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

- Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996

Read more...

Hubungan Anwar-US-Israel: PKR Cuba Menegakkan Benang Yang Basah







Sekiranya Anwar benar-benar tidak pro Amerika, sepatutnya Timbalan Presiden PKR tidak perlu membuat sebarang penafian kaitan Anwar dan Amerika seperti dalam akhbar Sinar Harian, hari ini. Tidak perlu ulas isu ini jika sekiranya Anwar benar-benar tidak mempunyai apa-apa hubungan..


Annapolis Summit : Anwar sudah terjerat ?

Steven Clemon dalam The Washington Note mengesahkan menyatakan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menandatangani surat sokongan Annapolis Sumit kepada Presidin Amerika George W.Bush dan Secretary of State, Condoleeza Rice pada 10 Oktober 2007.

Anwar Ibrahim dalam blognya telah menafikan beliau terlibat. Soalnya siapa yang menipu adakah Steven Clemon yang menipu atau Anwar yang menipu. Steven Clemon sebagai makluman adalah Senior Fellow and Director, American Strategy Program, New America Foundation.


Apa motif Steven Clemon memasukkan nama Anwar, adakah dia sengaja ingin memburukkan nama Anwar? atau beliau ingin menaikkan imej Anwar dengan menonjolkan Anwar antara tokoh yang menyokong deklarasi tersebut, dengan andaian perjanjian tersebut berjaya.Sekiranya perjanjian tersebut berjaya Anwar mungkin akan dipuja oleh dunia Islam sebagai tokoh keamanan.

Tetapi disebabkan perjanjian tersebut gagal maka Anwar telah cuba untuk menafikan beliau terlibat kerana majoriti negara Islam termasuk Iran, Syiria dan kumpulan Hamas menentang perjanjian tersebut. Dalam Annapolis Summit antara perkara yang dipersetujui ialah:

1.Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat
2.mengiktiraf Mahmoud Abbas (Abu Mazen) sebagai pemerintah Palestin

Lantaran itu perjanjian tersebut secara tidak lansung mengenepikan peranan HAMAS yang telah memenangi pilihanraya Palestin. Sampai ke hari ini tidak ada satu pun kebaikkan yang diperoleh oleh Palestin melalui perjanjian ini, malah Mahmoud Abbas juga telah kehilangan sokongan dari rakyat Palestin.Adakah Anwar cuba menafikan keterlibatannya dalam Annapolis Summit kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Mahmoud Abbas dan kumpulan Fatah?

Laman web Moon of Alabama mengatakan yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar Ibrahim, (Foundation For The Future) merupakan grand design Amerika untuk membekalkan senjata kepada kumpulan Mahmoud Abbas (FATAH) menentang kumpulan HAMAS.



Sekiranya Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICG) yang dipegang oleh Anwar Ibrahim sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?


Dalam isu Annapolis Summit ini sudah jelas Anwar sudah terperangkap dan cuba menuduh atau kambinghitamkan pihak lain seperti BTN dalam blognya untuk menutup kelemahan dan kesilapannya.


Sumber: Pochongmenulis , AIDC

Read more...

APA YG KITA LIHAT


lihat dan perhatikan 2 gambar kartun ini
Inilah yang berlaku di PALESTIN , jika PALESTIN menyerang israel dikatakan PALESTIN pengganas islam.tetapi jika israel menyerang penduduk PALESTIN yang tidak berdosa dikatakan israel mempertahankan diri.
Adakah ini yang dinamakan keadilan dunia?
Sampai bilakah penduduk PALESTIN akan terus tersiksa?
Bilakah penduduk PALESTIN akan merasa keamanan dibumi sendiri?
Dimanakan sahabat - sahabat negara islam yg lain?
Adakah mereka hanya duduk diam dan menjaga diri sendiri sahaja?
Apakah sumbangan dan sokongan negara - negara arab?

Read more...

SEORANG LAGI PUTERA KATAK MELAYU

>> Selasa, Januari 27, 2009


ADUN Bota keluar dari UMNO menyertai PKR.ini lagi seorang nak jadi PUTERA KATAK.kononnya keluar dari UMNO kerana kepentingan pengundi di Bota.adakah dia lupa rakyat bota yang memberikan dia kemenangan tu adalah kerana dia sebagai wakil UMNO bukan PKR.kalau Pengundi bota nak kan wakil PKR mereka telah undi calon PKR.Tetapi mereka mahukan UMNO.
Adakah dia sedar dia menerima Amanah dari majoriti pengundi bota untuk mewakili kepentingan mereka bukan kepentingan peribadi.seperti yang kita tahu KATAK yang asyik melompat akhirnya mati digelek lori juga.Ini satu contoh orang yang tidak mengenang budi UMNO yang telah banyak memberikan dia kekayaan.adakan ini pemimpin yang diperlukan oleh orang melayu , seorang pemimpin yang tiada pendirian yang tetap.tiada semangat perjuangan yang tinggi.
inikan pemimpin yang nak memimpin bangsa melayu ke arah kemajuan dan perpaduan.sama - samalah kita fikirkan kembali.kalau dia nak meyertai PKR apa yang perlu dia lakukan adalah meletak jawatan sebagai ADUN Bota kerana dia menang sebagai wakil UMNO bukan PKR

Read more...

PERPECAHAN ORANG MELAYU

Dewasa ini kita melihat perpecahan yang amat teruk dikalangang orang melayu,orang melayu kini tidak lagi bersatu.mungkin pada setengah - setengah orang menganggap ini sebagai masalah remeh.tapi bg saya ini adalah satu masalah yang serius.dulu kita tak penah dengar bangsa lain mempertikai kan hak orang melayu.dulu kita bole hidup berharmoni tanpa sebarang masalah diantara semua kaum.tapi kini kita lihat orang melayu semakin berpecah ada yang bersama dengan UMNO ada yang bersama dengan PAS ada yang bersama dengan PKR.jika perkara ini berterusan tanpa ada penyelesaian orang melayu akan lagi berpecah.kita harus menyelesaikan beberapa ketaksamaan fikiran antara kita untuk membolehkan kita duduk semeja memikirkan masa depan orang melayu.jika kita lihat senario politik hari ini kita dapati .banyak keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang meyebelahi hak bangsa lain dan meminggirkan hak kita.dihari ini sudah ada organisasi - organisasi tertentu sudah mula mempertikaikan hak kita.tapi perkara ini takkan berlaku kalau kita bersatu.penyatuan semua orang melayu tanpa memikirkan tentang perbezaan pendapat dan politik akan menjadikan orang melayu kuat.jadi apa yang saya harapkan

BERSATU LAH SEMUA ORANG MELAYU DEMI MAGSA DEPAN BANGSA,JANGAN KERANA EGO DAN KEPENTINGAN POLITIK MASA DEPAN ORANG MELAYU TERGADAI.JANGAN SAMPAI ANAK CUCU KITA KENCING DIATAS KUBUR KITA NANTI DEK KERANA KITA TIDAK MENJAGA HAK MASA DEPAN MERAKA.JADI FIKIR - FIKIRKAN LAH
BAK KATA DATUK LAKSAMANA HANG TUAH " TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA " TAPI KALAU KITA MASIH TIDAK BERSATU PERKARA SEBALIKNYA TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU
SEKIAN

Read more...

SAJAK MELAYU

>> Isnin, Januari 26, 2009


DALAM KENANGAN
(12 Julai 1929 - 29 November 2001)
SEORANG PENULIS YANG BERANI MEMPERJUANGKAN BAHASA DAN BANGSA MELAYU

NUKILAN: SASTERAWAN NEGARA ALLAHYARHAM DATO’ DR.USMAN AWANG@Tongkat Warrant

MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA
NAKALNYA BERSULAM SENDA
BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA
KURANG AJARNYA TETAP SANTUN

MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA
NAKALNYA BERSULAM JENAKA
BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA
KURANG AJARNYA TETAP SANTUN
JIKA MENIPU PUN MASIH BERSOPAN
BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN

MELAYU ITU BERANI JIKA BERSALAH
KECUT TAKUT KERANA BENAR
JANJI SIMPAN DI PERUT
SELALU PECAH DI MULUT
BIAR MATI ADAT
JANGAN MATI ANAK

MELAYU DI TANAH SEMENANJUNG LUAS MAKNANYA:
JAWA ITU MELAYU,BUGIS ITU MELAYU
BANJAR JUGA DISEBUT MELAYU
MINANGKABAU MEMANG MELAYU
KETURUNAN ACHEH ADALAH MELAYU
JAKUN SAKAI ASLI MELAYU
ARAB DAN PAKISTANI, SEMUA MELAYU
MAMAK DAN MALBARI SERAP KE MELAYU
MALAH MUA’ALAF BERTAKRIF MELAYU

DALAM SEJARAHNYA MELAYU ITU PENGEMBARA LAUTAN
MELORONGKAN JALUR SEJARAH ZAMAN
BEGITU LUAS DAERAH SEMPADAN
SAYANGNYA KINI SEGALA KEHILANGAN

MELAYU ITU KAYA FALSAFAHNYA
KIAS KATA BIDAL PUSAKA
AKAR BUDI BERSULAMKAN DAYA
GEDUNG AKAL LAUT BICARA

MALANGNYA MELAYU ITU KUAT BERSORAK
TERLALU GHAIRAH PESTA TEMASYA
SEDANGKAN KAMPUNG TELAH TERGADAI
SAWAH SEJALUR TINGGAL SEJENGKAL
TANAH SEBIDANG MUDAH TERJUAL

MESKI TELAH MEMILIKI TELAGA
TANGAN MASIH MEMEGANG TALI
SEDANG ORANG MENCAPAI TIMBA.
BERBUAHLAH PISANG TIGA KALI
MELAYU ITU MASIH BERMIMPI
WALAUPUN SUDAH MENGENAL UNIVERSITI
MASIH BERDAGANG DI RUMAH SENDIRI

BERKELAHI CARA MELAYU
MENIKAM DENGAN PANTUN
MENYANGGAH DENGAN SENYUM
MARAHNYA DENGAN DIAM
MERENDAH BUKAN MENYEMBAH
MENINGGI BUKAN MELONJAK

WATAK MELAYU MENOLAK PERMUSUHAN
SETIA DAN SABAR TIADA SEMPADAN
TAPI JIKA MARAH TAK NAMPAK TELINGA
MUSUH DICARI KELUBANG CACING
TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIJINJING
MARUAH DAN AGAMA DIHINA JANGAN
HEBAT AMUKNYA TAK KENAL LAWAN

BERDAMAI CARA MELAYU INDAH SEKALI
SILATURAHIM HATI YANG MURNI
MAAF DIUNGGKAP SENANTIASA BERSAHUT
TANGAN DIHULUR SENTIASA BERSAMBUT
LUKA PUN TIDAK LAGI BERPARUT

BAIKNYA HATI MELAYU ITU TAK TERBANDINGKAN
SELAGI YANG ADA SANGGUP DIBERIKAN
SEHINGGA TERCIPTA SEBUAH KIASAN:
“DAGANG LALU NASI DITANAKKAN
SUAMI PULANG LAPAR TAK MAKAN
KERA DI HUTAN DISUSU – SUSUKAN
ANAK DIPANGKUAN MATI KEBULURAN”

BAGAIMANAKAN MELAYU ABAD DUA PULUH SATU
MASIHKAN TUNDUK TERSIPU – SIPU ?
JANGAN TAKUT MELANGGAR PANTANG
JIKA PANTANG MENGHALANG KEMAJUAN
JANGAN SEGAN MENENTANG LARANGAN
JIKA YAKIN KEPADA KEBENARAN
JANGAN MALU MENGUCAPKAN KEYAKINAN
JIKA PERCAYA KEPADA KEADILAN
JADILAH BANGSA YANG BIJAKSANA
MEMEGANG TALI MEMEGANG TIMBA
MEMILIKI EKONOMI MENCIPTA BUDAYA
MENJADI TUAN DINEGARA MEDEKA

Read more...

WARISAN

Cuba Hayati lirik lagu ini,banyak pelajaran yang kita bole ambil:


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara.

Read more...

Kami Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat cina di MALAYSIA

Read more...

SELAMAT DATANG KE BLOG ADI JAGAT PUTRA

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG KE BLOG ADI JAGAT PUTRA SEMOGA KITA DAPAT MEMBELA AGAMA ISLAM TERCINTA,BANGSA MELAYU YANG DIKASIHI DAN MEMPERTAHANKAN TANAH AIR TERCINTA IAITU MALAYSIA

Read more...

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP