AKULAH PEJUANG...?!
>> Ahad, Mac 01, 2009
NUKILAN : SANGKELEMBAI2000
DENGAN SULTAN , AKU DERHAKA..!TITAHNYA , AKU ENGKAR..!LALUAN KENDERAANNYA , AKU SEKAT..!TIBA - TIBA AKU TERINGAT BAPAK KU YANG SERING MEMBERHENTIKAN MOTOSIKALNYA SAMBIL MENUNDUKKAN SEDIKIT KEPALANYA DITEPI JALAN SEBAGAI TANDA HORMAT TERHADAP RAJANYA APABILA RAJANYA MELALUI JALAN TERSEBUT..!AHH...! PERSETAN KATA BATIN KU..! BAPAKKU HANYALAH ORANG TUA KAMPUNG YANG TIDAK TAHU APA..!TAPI AKU..,YA!AKU ADALAH PEJUANG ISLAM DAN DEMOKRASI YANG SEJATI..!
DENGAN MUFTI,AKU MAKI..!AHHH!..MUFTI MATA DUITAN,JERITKU..!MUFTI GILA DUNIAWI ,
PEKIK KU..!MUFTI TAKUT HILANG PANGKAT SORAK KU..!..TIBA - TIBA AKU TERFIKIR,MUFTI SELALU DOAKAN KEBAIKAN AKU..??AHH PERSETAN..!AKU..,YA!AKU ADALAH PEJUANG ISLAM DAN DEMOKRASI YANG SEJATI..!
DENGAN PEMIMPIN AKU,AKU KATA DIALAH ULAMA..!DIALAH WALI..!DIALAH SYAHID..!DIALAH AHLI SYURGA..!DIALAH PEJUANG ISLAM SEJATI..!TIBA - TIBA BATIN KU BERKATA..!DIA BERPAKAT DENGAN BUKAN ISLAM YANG SECARA TERANG - TERANGAN TELAH MENOLAK ISLAM DARI DILAKSANAKAN..!AHH..!PERSETAN..!ITU TAKTIK PEMIMPIN KU..!AHH..!NIAT MENGHALALKAN CARA KATA HATIKU LAGI..!YA..!ITULAH..!YA!AKULAH,PEJUANG ISLAM DAN DEMOKRASI SEJATI..!
DENGAN PEMIMPIN - PEMIMPIN YANG BERSAMA PAKATANKU...!APABILA KEBURUKAN MERAKA DITATAPI UMUM..!AKU KATA..!AHHH..!ITU DAKYAH POLITIK..!ITU POLITIK JAHAT..!ITU HAK PRIVACY..!YER..!BERZINA ITU HAK PRIVACY..!SEBAB DIA BUKAN MUSLIM..!DIA KAFIR..!TETIBA AKU TERFIKIR..!TIADA AGAMA SAMADA ISLAM,BUDDHA,HINDU MAUPUN KRISTIAN YANG MENGHALALKAN ZINA..!ZINA TETAP DOSA..!AHH..!PERSETAN SEMUA ITU..!AKU..!YA!AKULAH PEJUANG ISLAM DAN DEMOKRASI YANG SEJATI
DENGAN PEMIMPIN - PEMIMPIN YANG BUKAN PAKATAN KU WALAUPUN SAMA - SAMA ISLAM..!
AKU KATA..!MERAKALAH MANUSIA BERTOPENGKAN BINATANG..!MEREKA KEJAM..!MEREKA PERAMPAS HARTA ORANG..!MEREKA PERASUAH..!MEREKA PEMBOHONG..!AKU CACI MEREKA..!AKU SUMPAH MEREKA..!AKU KATA MEREKA AHLI NERAKA..!AKU DOAKAN KEHANCURAN MEREKA..!TETIBA AKU TERINGAT..!AKU TAK PERNAH PUN MAKI PEMIMPIN YANG BUKAN ISLAM YANG ADA DIDALAM PAKATAN AKU, WALAUPUN JELAS MEREKA TELAH MENOLAK ISLAM..?AKU TAK PERNAH SUMPAH MEREKA..!MALAH AKU SANJUNG MEREKA..!SEBAGAI PENEGAK DEMOKRASI BERSAMA - SAMA AKU..!TIBA - TIBA AKU TERINGAT PULA PERISTIWA KAUM ANSAR DAN MUHAJIRIN BERSATU WALAUPUN MEREKA TELAH LAMA BERMUSUHAN..!YA..!ITU SUNNAH NABI..!KENAPA AKU TAK BOLEH BERSATU ATAS DASAR SESAMA AGAMA DAN BANGSA..?AHH..?PERSETAN..!AKU..!YA..!AKULAH PEJUANG ISLAM DAN DEMOKRASI SEJATI
ITULAH AKU...PEJUANG ISLAM YANG SEJATI...!
2 ulasan:
salam,
2 masalah nyer dgn PR ni agama untuk politik jer..walaupun bukan x btol langsung tp kadang2 melampau sangat sehingga merosakkan akidah pengikut..
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Catat Ulasan