SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









PEMIMPIN PAS MEMBUAT HUKUM SENDIRI DEMI POLITIK

>> Sabtu, Februari 28, 2009

DIPETIK DARI WEB http://umno-online.com/



KUALA LUMPUR: Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula dengan amanat Haji Hadi Awang pada April 1981 menyatakan sesiapa di kalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.

Haji Hadi membuat amanat itu semata-mata kerana padanya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, padahal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh Pas 6 (11)).

Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif 1999.

Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 15 April 1995 bahawa tokoh-tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO pada pilihan raya umum 1995.

Pada 24 Januari 1999, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Dap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah dengan syaitan sekalipun dia terima berkawan.

Sebaik sahaja memegang memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada pilihan raya umum 1999, Datuk Seri Haji Hadi mempersendakan hudud Allah dengan mengatakan pelaksanaan hukum hudud melalui proses yang panjang apabila, katanya:
“Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.”

Pada tahun 1999, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup menghina Allah mengatakan Allah memaki, mencemuh dan mencarut semata-mata kerana hendak membela seorang ahli Pas yang menulis buku berjudul ‘Shit’.
“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat.

“Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan carut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam.”

Semua ini merupakan contoh bagaimana pemimpin-pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.

Natijahnya, sehingga kini pengikut dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.

Read more...

KENAPA KRISTIAN PERLU MENGGUNAKAN NAMA ALLAH ???

SEBAGAI UMAT ISLAM BERITA YANG DITERIMA HARI INI ADALAH SATU BERITA YANG MENGEJUTKAN,APABILA MAJALAH KRISTIAN DIBENARKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH.

SIAPA YANG MEMBERI RESTU KEPADA GOLONGAN KRISTIAN INI UNTUK MEMOHON MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH???

KENAPA PERLU MERAKA INI MEMBERI KENYATAAN INI.ADAKAH KERANA INGIN MENDAPAT SOKONGAN POLITIK???

ADAKAH POLITIK LEBIH PENTING DARI AGAMA ISLAM???

KENAPA AHLI PARLIMEN SHAH ALAM , DEWAN ULAMAK PAS DAN PEMIMPIN DE FACTO PAKATAN RAKYAT MEMBERIKAN GREEN LIGHT KEPADA MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH.APA AGENDA MEREKA INI...

KENAPA PIHAK HERALD TRIBUNE MAJALAH KATOLIK INI BERSUNGGUH - SUNGGUH MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH UNTUK MENGANTIKAN PERKATAAN TUHAN DAN JESUS DALAM PENULISAN MEREKA.

APA AGENDA TERSEMBUNYI MEREKA INI...

DALAM KHALIMAH SHAHADAH KITA MENYEBUT LAA ILAHAILLAH LAA ITU BERMAKSUD TIADA ILLAH ITU BERMAKSUD TUHAN.MEREKA BOLEH MENGGUNAKAN PERKATAAN ILLAH UNTUK MENGANTIKAN PERKATAAN TUHAN ATAU JESUS.

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH INI AKAN MENIMBUL KAN KEKELIRUAN KEPADA UMAT ISLAM DIMALAYSIA TERUTAMA KEPADA UMAT ISLAM YANG SEDIKIT JAHIL DALAM HAL EHWAL AGAMA.JIKA DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN INI AKAN MENYEBABKAN UMAT ISLAM RAMAI YANG MENJADI MURTAD KERANA KELIRU.SIAPA YANG PERLU BERTANGGUNG JAWAB

ADAKAH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM ,ATAU DEWAN ULAMAK PAS ATAU PEMIMPIN DE FACTO PAKATAN RAKYAT???ADAKAH MEREKA INI INGIN BERTANGGUNG JAWAB

JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI.INI KERANA PADA MASA ITU MEREKA INI AKAN MEMBUAT KECOH UNTUK MENUNDING JARI KAPADA KERAJAAN KERANA TIDAK PEKA KEPADA SENSIVITI UMAT ISLAM.ITU YANG ADA DALAM KEPALA HOTAK DIORANG INI.

KENAPA KDN AKUR UNTUK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MEREKA.INI KERANA DALAM PERLEMBAGAAN ADA TERTULIS TENTANG KEBEBASAN BERAGAMA.
ADAKAH SEBAB ITU KERAJAAN HARUS DI PERSALAHKAN.JAWAPANNYA TIDAK BOLEH DISALAH KAN KEPADA KERAJAAN.INI KERANA KALAU KDN MASIH MELARANG ITU AKAN MELANGGAR PELEMBAGAAN MALAYSIA.

JADI SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN.JAWAPANNYA ADALAH ORANG - ORANG YANG BERKEPENTINGAN DAN RAKUS UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN DARI SEMUA RAKYAT YANG MEMBERIKAN RESTU KEPADA MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH DALAM PENULISAN MEREKA .ITU LAH ORANG YANG PATUT DIPERSALAHKAN

Read more...

Edisi Pagi : Cadangan Resolusi BPN Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA -Malaysiakini



BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.





Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.




Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

28 Februari 2009

Read more...

KERANA MULUT BADAN BINASA

>> Khamis, Februari 26, 2009

KITA TELAH MENDENGAR KELANCANGAN MULUT KARPAL SINGH DI PARLIMEN YANG MENUDUH DAN MENGUNGKAPKAN PERKATAAN YANG TIDAK ELOK KEATAS PERGERAKAN PEMUDA UMNO.

TUDUHAN YANG DIBERIKAN OLEH KARPAL SINGH ADALAH TIDAK BERASAS DAN MELULU.DIA JUGA MENGGUNAKAN KEKEBALAN SEBAGAI SEORANG AHLI PARLIMEN DENGAN MEMBUAT TUDUHAN TERSEBUT DIDALAM DEWAN RAKYAT.

JIKA BENAR TUDUHAN DIA ITU KENAPA KARPAL SINGH TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS SAHAJA KENAPA DIA PERLU MEMBUAT KENYATAAN YANG MENIMBULKAN PROVOKASI DAN KEMARAHAN DARI PEMUDA UMNO MALAYSIA.

DEK KERANA MULUT DIA YANG LANCANG MEMBUAT TUDUHAN ITU.DEWAN RAKYAT TERPAKSA MEWUJUDKAN SATU BADAN PENYIASAT KHAS YANG TERDIRI DARI AHLI PARLIMEN KERAJAAN DAN PEMBANGKANG UNTUK MENYIASAT DAKWAAN DIA.

NAMPAKNYA DUA BERANAK INI TERLALU SUKA MEMBUAT PROVOKASI KEATAS ORANG - ORANG MELAYU.

INIKAH RAKAN BAIK DALAM PAKATAN RAKYAT YANG DI WAR - WARKAN OLEH PAS.

NAMPAKNYA ORANG MELAYU JUGA KENA BERFIKIR DUA KALI UNTUK MENYOKONG MEREKA INI...




Read more...

KENYATAAN MEDIA Y.B DATO MUKHRIZ MAHATHIR



KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

AHLI PARLIMEN JERLUN


Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.


Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.


Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.


Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.


Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat

Read more...

PR KEARAH MEREPUBLIKAN MALAYSIA

HARI INI KITA DENGAR AHLI PARLIMEN PUCHONG GOBIND SINGH DEO MEMBUAT CADANGAN SUPAYA PERDANA MENTERI DIPILIH OLEH RAKYAT.

BILA KITA FAHAMI UCAPAN ITU TUJUANNYA TIADA LAIN ADALAH UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA REBUBLIK DAN MENAFIKAN HAK DAN KUASA YANG DIPERTUAN AGONG.

MEREKA NAK JADIKAN MALAYSIA MACAM REPUBLIK SINGAPURA.

KEPADA ORANG MELAYU YANG MENYOKONG PR ADAKAH MEREKA SEDAR BAHAWA BILA NEGARA KITA TELAH MENJADI REPUBLIK DIMANAKAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU PADA KETIKA ITU.CUBA KITA FIKIRKAN.DI SINGAPURA ORANG MELAYU HANYA LAYAK MENJAWAT JAWATAN MENTERI UNTUK KEBUDAYAAN DAN MENJAGA HAL EHWAL AGAMA ISLAM.

ADAKAH KITA INGIN MENDAPAT NASIB YANG SAMA SEPERTI MELAYU SINGAPURA.

SEPERTI YANG KITA TAHU KEDUDUKAN ORANG MELAYU INI TINGGI PADA HARI INI KERANA MASIH WUJUD SULTAN DAN RAJA - RAJA MELAYU.KALAU NEGARA KITA TELAH MENJADI REPUBLIK KEDUDUKAN RAJA RAJA MELAYU HANYA AKAN TINGGAL NAMA DAN JAWATAN SAHAJA.

ADAKAH KITA SEMUA SANGGUP UNTUK MENJADI HAMBA DALAM NEGARA SENDIRI.

KALAU TIDAK SANGGUP SAMA SAMA LAH KITA TIMBANGKAN KEMBALI KEPUTUSAN UNTUK MEYOKONG MEREKA INI.

RAJA MELAYU MENJADI LAMBANG KEWUJUDAN ORANG - ORANG MELAYU DI TANAH MELAYU INI.
JADI BILA RAJA - RAJA MELAYU INI HILANG KUASA APAKAH NASIB ORANG - ORANG MELAYU INI.

KITA TENGOK BILA KERAJAAN BONEKA PR PERAK MEMERINTAH PERAK SIAPA YANG MENDAPAT NIKMAT,HANYA ORANG - ORANG CINA SAHAJA.

BEGITU JUGA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR.

ITU BARU MEREKA DAPAT MEMERINTAH BEBERAPA BUAH NEGERI.CUBA BAYANGKAN KALAU MEREKA INI DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA.

TAK TAHU LAH APA YANG AKAN JADI SELEPAS ITU......

SAMA SAMA LAH KITA TIMBANGKAN.

TAKDA APA KEBAIKAN PUN PADA ORANG MELAYU JIKA MEREKA INI MEMERINTAH...

Read more...

KEMANA PERGINYA ULAMAK PAKATAN RAKYAT???

>> Selasa, Februari 24, 2009

INI ADALAH PETIKAN DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 24 FEBRUARI 2009 BERSAMAAN 28 SAFAR 1430H.

SEPANJANG BERITA INI DIKELUARKAN APA YANG KITA LIHAT CUMA DEWAN PEMUDA PAS SAHAJA YANG MEMBANTAH CADANGAN INI.

KEMANA PERGINYA KOMEN TUAN - TUAN GURU MERAKA???

ADAKAH MERAKA MERESTUI PENUBUHAN MAJLIS INI???

APA YANG KITA HARAP AKAN ADA KOMEN YANG BAIK DARI MEREKA INI


DAP hina Islam?

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Read more...

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP