SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









PENJENAYAH JADI HERO

>> Sabtu, Januari 31, 2009






SAYA AGAK TERTARIK DGN TAJUK ITU ENTAH KENAPE SEJAK KEBELAKANGAN INI KITA LIHAT TERLALU BANYAK PIHAK YANG CUBA MEMAINKAN ISU UNTUK MENCETUSKAN KEKACAUAN DALAM NEGARA.

KENAPA INI TERJADI???

KERANA KEPENTINGAN POLITIK INDIVIDU TERTENTU KAH???
ATAU PUN MEMANG ADA PIHAK YANG CUBA MENCABAR KEWIBAWAAN KAUM TERTENTU???
ATAU MEMANG ADA PIHAK YANG INGIN MELIHAT NEGARA KITA KUCAR KACIR.KERANA APA YANG SAYA LIHAT CARA PERMAINAN ISU PENJENAYAH YANG MATI ITU TERLALU MIRIP DENGAN PERISTIWA PAHIT YANG KITA TELAH ALAMI 40 TAHUN DAHULU.

MUNGKIN DIKALANGAN ORANG-ORANG LAMA MUNGKIN MASIH INGAT DENGAN PERISTIWA PAHIT 13 MEI 1969.ADAKAH KITA SEMUA INGIN LALUI LAGI PERISTIWA TERSEBUT.ADAKAH KITA INGIN GADAIKAN SEGALA KEAMANAN , KEMAKMURAN , DAN PEMBANGUNAN NEGARA YANG TELAH KITA BANGUN KAN BERSAMA-SAMA SELAMA INI HANYA KERANA KEPENTINGAN POLITIK DIRI KITA SENDIRI

BANYAK PIHAK YANG BERKEPENTINGAN POLITIK CUBA MENANGGUK DI AIR YANG KERUH DAN CUBA UNTUK MEMPERBESARKAN ISU TERSEBUT.

ADAKAH KITA SANGGUP MEWARISKAN KEPADA ANAK CUCU KITA NANTI SEBUAH NEGARA YANG MUSNAH DEK KERANA GHAIRAHNYA KITA BERPOLITIK.

KENAPA PERLU TERJADI PERKARA SEDEMIKIAN SEDANGKAN DULU KITA HIDUP HARMONI DIANTARA SATU SAMA LAIN,BOLEH DUDUK SEMEJA BERBINCANG UNTUK MEYELESAIKAN MASALAH KAUM MASING - MASING.KENAPA SEKARANG DAH TAK BOLEH LAGI KITA LAKUKAN SECARA HARMONI.

ADAKAH KITA SUKA KITA BERTEMPUR,BERPERANG SESAMA SENDIRI.HANYA UNTUK MEMUASKAN NAFSU BEBERAPA ORANG YANG TAK MAHU MELIHAT KEMANAN DIKEKALKAN.

SAMA-SAMA LAH KITA FIKIRKAN PERKARA INI SEDALAM-DALAMNYA

CUBA KITA LIHAT GAMBAR ANAK-ANAK TERSEBUT.ADAKAH KITA SANGGUP MEMBUATKAN MEREKA MENDERITA HANYA KERANA KITA TERLALU RAKUS MENGIKUT HAWA NAFSU SEHINGGA MENGADAI KEAMANAN MEREKA DIMASA DEPAN

Read more...

Pendustaan punca 3 sifat munafik

>> Jumaat, Januari 30, 2009

PADA zaman Rasulullah SAW, pegawai kerajaan diarahkan menyimpan apa
saja yang mereka terima sebagai hasil negara dalam Perbendaharaan
Awam. Rasulullah SAW turut memberi peringatan, "Wahai manusia!
Sekiranya ada di kalangan kamu yang dilantik sebagai wakil pentadbir
oleh kami, dan kemudian menyorokkan daripada kami walaupun hanya
sebatang jarum, atau lebih, dia sudah berkhianat, dan akan membawanya
di Hari Kebangkitan. " (Hadis riwayat Abu Dawud)

Peringatan Rasulullah SAW itu selaras amaran Allah dalam firman
bermaksud: "Sesiapa yang berkhianat menggelapkan sesuatu harta
(kepunyaan semua), dia akan datang menanggung apa yang dikhianatkan
itu pada Hari Kiamat; kemudian akan dibalas tiap-tiap seorang apa yang
dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiayai." (Surah Ali-'Imran, ayat
161)

Peringatan itu penting kerana mereka yang diamanahkan untuk memerintah
memiliki kuasa besar terhadap cara hasil negara dibelanjakan. Untuk
mendokong sifat amanah terhadap kuasa inilah Allah merakamkan dalam
al-Quran keperluan menyerahkan kerja kepada seseorang berperibadi kuat
(al-qawiyy), iaitu yang berupaya serta berkebolehan (Surah al-Qasas,
ayat 26).

Justeru, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan bahawa ada tiga
tanda orang munafik iaitu :

1. apabila dia berbicara, dia berdusta;
2. apabila dia berjanji, dia menyalahi janji; dan
3. apabila dia diamanahkan, dia berkhianat.

Dalam riwayat dirakamkan Imam Muslim, ada pernyataan tegas Rasulullah
SAW mengenai golongan munafik iaitu `dia turut puasa, sembahyang dan
menganggap diri Muslim.'

Keprihatinan akhlak yang menjadi lunas Islam tidak berlawanan dengan
apa yang pernah dinyatakan Marcus Tullius Cicero dalam risalahnya De
Officiis, "tidak ada perbuatan aniaya yang lebih menonjol daripada
perlakuan seseorang hipokrit, yang serentak dengan sifatnya yang
khianat, berpura-pura berbuat kebajikan."

Sesungguhnya, perlakuan aniaya paling membinasakan kepada diri
sendiri, masyarakat dan negara berkisar kepada tiga kejahatan itu
iaitu berdusta, mungkir janji, dan mengkhianati amanah.

Dunia Islam semasa, sudah lama diperingatkan untuk mengawal kejatuhan
moral itu sejak Persidangan Pertama Sedunia mengenai Pendidikan Islam
di Makkah, pada April 1977, apabila Prof Dr Syed Muhammad Naquib
al-Attas membentangkan kertas sidang pleno mengenai The
Dewesternization of Knowledge.

Beliau juga mengingatkan, walaupun tiga sifat itu kedengarannya
seperti tiga perlakuan berbeza, pada hakikatnya ia adalah tiga darjat
pendustaan apabila berbicara, berdusta apabila memungkiri janji,
berdusta melalui perlakuan pecah amanah dan menyelewengkan kuasa.

Banyak ayat al-Quran dan hadis sahih memperkuatkan lunas Islam ini.
Dalam Islam, sifat khianat adalah musuh kepada keimanan yang hakiki
dan kesedaran untuk menyerahkan diri hanya kepada Allah Tuhan Yang
Maha Esa, tidak kepada yang selain-Nya. Seseorang Mukmin tidak mungkin
berakhlak dusta atau pecah amanah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa tidak memiliki kejujuran,
tidak memiliki iman; dan sesiapa yang tidak memelihara janji, bukanlah
seorang yang beragama." (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Kesarjanaan Islam mentakrifkan insan sebagai al-hayawan al-natiq.
Secara harfiah, insan adalah `hidupan berkata-kata, ' bermakna
pertalian dengan tutur katanya, seseorang itu akan mencerminkan jiwa
dalamannya.

Berkenaan perkara itu, pemikir Perancis, Michel Eyquem de Montaigne
pernah menyatakan, "Sebagai manusia, kita terikat hanya dengan apa
kita tuturkan.

Oleh kerana persefahaman antara seorang manusia dengan manusia lain
boleh dinyatakan melalui tutur kata, sesiapa berdusta dalam
tuturbicaranya adalah mengkhianati masyarakat manusia. Tutur kata
adalah satu-satunya alat untuk menyampaikan iradat dan fikiran kita;
tuturbicara adalah penterjemah jiwa. Dengan berdusta, tiada lagi tali
mengikat antara manusia. Pendustaan memutuskan semua perhubungan
masyarakat dan meleburkan semua ikatannya."

Bijak-pandai Melayu mengungkapkan lunas akhlak bersifat alami ini
menerusi pepatah `kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.'

Justeru, manusia khianat pada janji dan ikatan amanah adalah lebih
hina daripada kerbau dan lembu, seperti peringatan al-Quran, "Mereka
itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi." (Surah al-A'raf, ayat 179)

Demi menegaskan kewajipan untuk tidak mengkhianati amanah, Allah
memerintahkan orang beriman supaya menyempurnakan ikatan janji amanah
yang kukuh.

Al-Raghib al-Isfahani menjelaskan, tiga jenis ikatan amanah iaitu :

* perjanjian antara insan dengan Tuhan,
* janji antara manusia dengan dirinya sendiri dan
* janji antara seseorang manusia dengan manusia lain yang serasi
dengan persyaratan agama.

Misalnya, perjanjian perdagangan antara penjual dengan pembeli,
persepakatan masyarakat antara pelbagai kelompok kaum, akad-nikah
perkahwinan dan persetiaan antarabangsa.

Perjanjian tersirat yang perlu ditunaikan dengan saksama seperti
perjanjian tersirat antara tuan rumah dengan tetamunya, pengembara
dengan pengiringnya, majikan dengan pekerjanya dan seterusnya.

Abdullah Yusuf Ali menyatakan, seseorang yang meninggalkan mereka yang
berada dalam tanggungjawabnya dan sebaliknya pergi `beribadah'
berseorangan di padang pasir adalah seorang bacul yang mengabaikan
`uqud atau tugas wajibnya.

Tambahan pula, "Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah
kepada yang berhak." (Surah al-Nisa', ayat 58).

Ayat al-Quran ini merangkumi segala amanah, sama ada berkaitan harta
benda, atau berkaitan dengan akhlak.

Jika ada tugas perlu ditunaikan kepada seseorang yang lain, tugas itu
adalah amanah wajib ditegakkan, maka mengerjakannya dengan sempurna
dan penuh tanggungjawab adalah perbuatan menyerahkan amanah kepada
yang berhak.

INTI PATI

* Sifat khianat adalah musuh kepada keimanan yang hakiki.
* Tuturkata mencerminkan jiwa dalaman.
* Pendustaan memutuskan semua perhubungan masyarakat dan meleburkan
semua ikatannya.
* Allah memerintahkan orang beriman menyempurnakan janji.
* Tiga jenis ikatan amanah adalah perjanjian antara insan dengan
Tuhan, janji manusia dengan diri sendiri dan janji manusia dengan
manusia lain.

Read more...

Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi
daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu
mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau
bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat
kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan
janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau
ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : " Kalaulah aku lakukan
itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah
telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan- Nya Ia
lakukan, kerana perkataan `kalau' itu membuka jalan kepada hasutan
syaitan. "

(Riwayat Muslim)

Huraian & Pengajaran Hadith :

* Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana
ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk
mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula
adalah sebaliknya.

* Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu
di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan
ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang
dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun
ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

* Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk
bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan
menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa
sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh
diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah
diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

* Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui
kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan
perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi
hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

* Janganlah sekali-kali disebut perkataan `kalau' jika mengalami
kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan
syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha
kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Read more...

PENDATANG ASING + MASALAH EKONOMI

>> Rabu, Januari 28, 2009

MASALAH EKONOMI

SEJAK KEBELAKANGAN INI KITA TELAH MENGALAMI KEMEROSOTAN EKONOMI.
HARGA SAWIT JATUH???
HARGA TELUR YANG MENINGKAT NAIK KETAHAP YANG TAK MUNASABAH???
HARGA BARANGAN LAIN YANG MENINGKAT MENDADAK???
HARGA PERKHIDMATAN SEPERTI TEKSI DAN BUS NAIK???

SEMUA YANG DIATAS INI NAIK APABILA HARGA MINYAK DUNIA NAIK!!

TAPI APABILA HARGA MINYAK TURUN ADAKAH MEREKA TURUN , JAWAPANNYA TIDAK MALAH MAKIN MENINGGKAT

APA PUNCA SEMUA INI?
KURANG PEMANTAUAN KAH?
ATAU PENIAGA , PEMBORONG , PENGELUAR , DAH MAKIN BESAR KEPALA KAH?

KENAPA PERLU DIBEBANKAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN INI.

PENDATANG ASING

KENAPA PEKERJA ASING INI DIPERLUKAN SANGAT?
TAK CUKUP KAH PEKERJA TEMPATAN???
TERLALU PEMALASKAH RAKYAT MALAYSIA INI??

APA YANG DILIHAT MASIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENGANGGUR KENAPA?
INI DAH JADI MACAM KATA - KATA NENEK MOYANG KITA
" KERA DIHUTAN DISUSUKAN , ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN "

DARI SATU SUMBER YANG SAYA PEROLEHI DI PENJARA MALAYSIA TERDAPAT 70000 PENDATANG ASING TANPA IZIN YANG DITAHAN DIPENJARA DALAM TEMPOH YANG AGAK LAMA.KENAPA TIDAK DIHANTAR PULANG SAHAJA MEREKA INI.

ADAKAH KITA TAHU BAHAWA KOS MAKAN MERAKA DIDALAM PENJARA DALAM ANGGARAN RM7 SEHARI CUBA BAYANG KAN DIKALI DENGAN 70000 .AGAK AGAK BERAPA YANG PERLU KERAJAAN KELUARKAN SEHARI HANYA UNTUK MEMBERI MAKAN KEPADA TETAMU YANG TAK DIUNDANG INI.KERAJAAN PERLU MENGELUARKAN RM 490000 UNTUK HANYA MEMBERI MEREKA MAKAN SEHARI.CUBA BAYANGKAN KALAU MERAKA DITAHAN SEBULAN ATAU LEBIH.BERAPA JUTA LAGI YANG PERLU DIKELUARKAN.KENAPA MEREKA INI TIDAK DIHANTAR BALIK SERTA MERTA.

ITU BARU DIPENJARA MALAYSIA TAK TERMASUK YANG DITAHAN DI DEPO TAHANAN IMIGRESEN MALAYSIA TAH BERAPA JUTA LAGI YANG ADA???

DIHARAP PIHAK YANG BERKENAAN DAPAT BERTINDAK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT.SUPAYA RAKYAT BOLEH MENIKMATI KEMAKMURAN NEGARA

SEKIAN

Read more...

ORANG MELAYU KENA KEMBALI BERSATU

Kini kita lihat semangat penyatuan ORANG MELAYU makin pudar.
Kita lihat generasi muda kita hari ini makin berpecah dek kerana masalah politik remeh yang merugikan . kini kita lihat sudah ramai orang bukan melayu mengkritik dan mempertikaikan hak dan semangat melayu.ini berlaku kerana kita berpecah menjadi beberapa puak tertentu.kita sudah jadi seperti golongan arab jahiliah yang berpuak - puak.ini lah punca yang menjadikan ORANG MELAYU lemah dan ada yang mundur.ada dikalangan kita yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri tanpa menghiraukan orang lain sedangkan islam mengajar kita bersatu padu.Nenek moyang kita dulu pun mengajar kita sikap bantu membantu dan semangat setia kawan.untuk menyelesaikan masalah ini kita haruslah membuang segala persengketaan , salah faham , perbezaan pendapat untuk kita duduk semeja berfikir bagaimana untuk menjadikan ORANG MELAYU lebih baik dan releven pada masa akan datang.
sekian

Read more...

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Perhimpunan Agung UMNO Jun 2001
PWTC, Kuala Lumpur

Read more...

Perjuangan yang belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.
Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.
lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.
Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.
Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

- Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996

Read more...

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP