SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة

13 MAY 1969 SATU RENTETAN SEJARAH HITAM MALAYSIA

>> Khamis, Mei 13, 2010

HARI INI GENAP 41 TAHUN PERISTIWA HITAM 13 MAY 1969 BERLALU.SATU PERISTIWA YANG MENJADI PELAJARAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.APABILA KITA TAK MENJALINKAN KERJASAMA BAIK DALAM KEHIDUPAN PELBAGAI KAUM.IA MERUPAKAN RUSUHAN KAUM YANG MENJADI INGATAN SETIAP ORANG YANG MELALUINYA.BAGI GENARASI MUDA YANG TIDAK MELALUI PERISTIWA ITU MUNGKIN ADA YANG TIDAK PAHAM APA YG BERLAKU PADA TARIKH KERAMAT ITU.

APA YANG KITA LIHAT DEWASA INI.ADA PIHAK CUBA MEMPROVOKASI PERPADUAN KAUM INI DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT DENGAN MENGHASUT KAUM-KAUM TERTENTU UNTUK MEMBENCI KAUM LAIN.ADAKAH MEREKA ITU SEDAR DENGAN TINDAKAN MEREKA ITU.ATAU MEREKA HANYA KHAYAL UNTUK BERKUASA SAHAJA.TANPA MEMIKIRKAN KESAN DARI UCAPAN MEREKA ITU.ADA PIHAK YANG SUDAH MULA MEMAINKAN SENTIMEN AGAMA HANYA UNTUK MEMENANGI UNDI KAUM-KAUM TERTENTU.

ADAKAH KITA MAHU MENGULANGI PERISTIWA HITAM ITU,ADAKAH KITA MAHU GADAIKAN KEAMANAN YANG KITA KECAPI INI HANYA UNTUK MEMENUHI IMPIAN KITA UNTUK BERKUASA,BAGI SAYA SECARA PERIBADI TIDAK INGIN PERISTIWA 13 MAY 1969 ITU BERULANG KERANA AKIBAT NYA AKAN MENYUSAHKAN SEMUA RAKYAT.

BAGI ORANG-ORANG MELAYU KITA SUDAH KENA TERIMA HAKIKAT BAHAWA TANAH AIR INI BUKAN MILIK MUTLAK KITA LAGI.KITA HARUS BERKONGSI DENGAN BANGSA BANGSA LAIN YANG TURUT SAMA MEMBANGUNKANYA.APA YANG KITA HARUS BUAT PERTAHANKAN HAK-HAK KITA YANG MASIH TINGGAL.SUPAYA ADA SESUATU YANG BOLEH KITA PUSAKAI KEPADA ANAK CUCU KITA KELAK.

BAGI KAUM-KAUM BUKAN MELAYU HORMATILAH PERASAAN DAN HAK ORANG-ORANG MELAYU SUPAYA KITA BOLEH HIDUP AMAN DIBUMI MALAYSIA.HILANGKAN LAH SYAK WASANGKA DIANTARA KITA.SUPAYA NASIB ANAK CUCU KITA NANTI TERBELA.

BAGI SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERSATULAH UNTUK MENJADI BANGSA MALAYSIA YANG KUAT,DAN HAK -HAK SEMUA KAUM DIMALAYSIA TIDAK DINAFIKAN.DAN JANGAN LAH DITIMBULKAN APA SAHAJA PROVOKASI YANG BOLEH MEMBUAT KEKACAUAN DI TANAH AIR TERCINTA INI.

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KEAMANAN TANAHAIR TERCINTA INI.
SALAM 1 MALAYSIA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP