SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









PAKATAN RAKYAT P.PINANG SEMAKIN RETAK

>> Rabu, Februari 03, 2010

Guan Eng tak sebulu Exco, Adun
Oleh Fazli Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
fazliabdullah@bharian.com.my



Bekas pemimpin veteran DAP dedah pergeseran dalam parti

GEORGETOWN: Seorang bekas pemimpin veteran DAP, Tham Weng Fatt, semalam mendedahkan mengenai pergeseran yang didakwa berlaku di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan beberapa Exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu sendiri hingga menyebabkan keretakan dalam DAP semakin buruk.

Tham yang menganggotai DAP selama 22 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang sebelum menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), bulan lalu, mendakwa pergeseran itu berlaku kerana perebutan kuasa tetapi perkara berkenaan cuba disembunyikan Lim.

Beliau mendakwa pergeseran itu antara lain membabitkan Guan Eng dengan Exconya, Phee Boon Poh dan Law Heng Kiang serta Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi.

"Saya berada dalam parti selama 22 tahun dan saya tahu apa yang berlaku. Sememangnya berlaku keretakan dalam parti yang semakin buruk dan menunggu masa untuk meletup," katanya ketika ditemui di sini.

Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dikritik hebat sejak kebelakangan ini terutama oleh wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng, masing-masing Ahli Parlimen Bayan Baru dan Nibong Tebal.

Zaharin melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis, manakala Tan mendakwa Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang diabaikan dan tidak gemar dikritik.

Tham berkata, keretakan dalam DAP juga berlaku kerana layanan berbeza oleh Guan Eng terhadap pemimpin yang dibawa ketika pilihan raya umum lalu berbanding dengan veteran DAP yang memastikan kemenangan parti sebelum ini.

"Awak sendiri boleh lihat ahli baru di pejabat Ketua Menteri dan Ibu Pejabat DAP (di Pulau Pinang). Mereka ini adalah orang Guan Eng," katanya.

Tham berkata, keretakan dalam DAP sebenarnya bukan perkara baru tetapi keadaannya sekarang bertambah buruk.

"Guan Eng sendiri mengakui perkara itu ketika bercakap pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya, bulan lalu. Saya dijemput menghadiri majlis itu kerana ketika itu masih ahli DAP," katanya.

Beliau berkata, Guan Eng perlu sedar beliau adalah Ketua Menteri untuk semua rakyat Pulau Pinang dan perlu berhenti bertindak seperti Setiausaha Agung DAP.

Tham juga mendakwa Guan Eng bertindak seolah-olah cuba menguasai segala-galanya dalam pakatan pembangkang sehingga menyebabkan ahli PKR dan Pas tidak berpuas hati.

"Oleh kerana itulah mereka mengkritik dan menghentamnya," katanya yang meminta Ketua Menteri bertindak segera memperbetulkan kesilapannya.

Sementara itu, Tan menegaskan beliau akan tetap mengkritik rakan dalam pakatan pembangkang walaupun menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali, semalam, supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan.

"Saya tidak akan tunduk dengan arahan itu kerana percaya segala pendedahan serta kritikan berhubung kelemahan yang berlaku dalam pakatan demi memperjuangkan hak parti serta rakyat yang terhakis.

"Saya sedia dipecat dan sudah pun menjangkakan hukuman bakal menanti," katanya ketika dihubungi.

Tan turut menjelaskan beliau tidak pernah melobi jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), sebaliknya dilakukan oleh partinya sebelum ditolak DAP.

"Mereka beritahu saya tidak boleh memegang jawatan itu. Inilah sikap diktator sedangkan saya tidak berminat kerana pernah dilantik pada 1998 dan meminta diberikan kepada wakil Angkatan Muda Keadilan atau Wanita PKR.

"Saya juga tidak pernah menggunakan kedudukan sebagai Ahli Parlimen untuk melobi premis perniagaan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Jalan Irrawady, Georgetown untuk disewakan kepada bapa saudara seperti didakwa Jeff Ooi," katanya.


LAPORAN DARI BERITA HARIAN INI JELAS MENUNJUKAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG SEMAKIN RETAK.

INI BERLAKU KERANA PAKATAN RAKYAT DIASASKAN ATAS DASAR SATU MATLAMAT IAITU UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL,BUKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT SEPERTI YANG MEREKA SELALU LAUNGKAN DALAM CERAMAH - CERAMAH MEREKA.HASILNYA RAKYAT TETAP TERPINGGIR DAN TAK MENDAPAT PEMBELAAN SEWAJANYA.

PAKATAN RAKYAT LEBIH SUKA MENJAJA CERITA FITNAH KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL.DARI MAMBUAT KERJA UTK RAKYAT SEPERTI YANG MEREKA JANJIKAN SEMASA CERAMAH PILIHANRAYA.

ADAKAH PARTI SEPERTI INI YANG AKAN DIUNDI LAGI OLEH PENGUNDI PENGUNDI DI PULAU PINANG.

MARILAH SAMA- SAMA KITA FIKIRKAN SEMULA.BUAT LAH PILIHAN YANG BIJAK DEMI UNTUK MASA DEPAN ANAK CUCU KITA NANTI

0 ulasan:

Catat Ulasan

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP