SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









BETUL KE HUSAM TAKNAK JADI MB KELANTAN???

>> Khamis, November 26, 2009



Husam tiada hasrat ganti Nik Aziz

KOTA BHARU 25 Nov. - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa tidak berhasrat untuk menjadi pengganti Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar.

Sambil menegaskan apa yang dinyatakan itu sebagai 'serius', bekas Naib Presiden Pas itu berkata, beliau lebih bersedia berperanan lebih besar di peringkat Pusat apabila tiba masanya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu namanya terus dikaitkan bagi jawatan itu sekiranya Menteri Besar dan parti mahu menentukan pengganti.

''Saya tidak mahu dicalonkan sebagai pengganti. Jadi tak sepatutnya nama saya naik. Saya serius (tentang apa yang dikatakan)," ujarnya ketika diminta penjelasan oleh pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan agar Menteri Besar menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Menurut Husam, beliau akan tetap memberi sepenuh sokongan kepada sesiapa di kalangan Exco yang dipilih kerana mereka semua berwibawa dan berkelayakan.

Namun beliau menganggap, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berada di senarai teratas selaras dengan kedudukannya yang paling senior dan berpengalaman.

Ditanya sama ada proses peralihan perlu dilakukan, beliau berkata, ia bukanlah suatu persoalan besar kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai cara.

"Jadi saya rasa perkara tersebut hanya cuba dibesarkan oleh media supaya ada nampak perebutan, keretakan. Jadi bagi saya kalau ada transisi pun tak apa, tak ada pun tak ada masalah," ujarnya.

Katanya, kegigihan bekerja dan memperjuangkan hak bagi Kelantan tidak harus digambarkan kononnya beliau bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar.

"Semasa saya menjadi Ahli Parlimen, saya turut melakukan pendekatan yang sama," ujarnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP