SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

>> Sabtu, September 19, 2009



SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH SAUDARA - SAUDARA SAYA DARI BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) , BLOGGER UMNO MALAYSIA , UNIT MEDIA BARU PEMUDA UMNO,DAN AIDC DAN SELURUH SAUDARA SAUDARA BLOGGER PRO KERAJAAN

SALAM PERJUANGAN UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA.

Read more...

>> Rabu, September 09, 2009



MEMORANDUM

CADANGAN PINDAAN PADA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI
PROPOSED AMENDMENTS TO INTERNAL SECURITY ACT 1960 (ISA)

OLEH
BY

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA ( PERKASA )

UNTUK
FOR

Y.B. DATO’ SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSIEN
MENTERI DALAM NEGERI
MINISTER OF HOME AFFAIRS

1HB. SEPTEMBER 2009

CADANGAN PINDAAN KEPADA
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

1) Untuk meminda mukadimah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meluaskan lingkungan dan fungsi Akta Keselamatan Dalam Negeri menurut Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan

BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan selanjutnya diancam sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia –

(1) untuk menyebabkan, dan untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan, keganasan terancang terhadap orang dan harta;

(2) cuba mempertikaikan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan cuba menyamatarafkan kedudukan Islam dengan agama-agama lain dalam Negara ini samada melalui penulisan, kenyataan ataupun ucapan;

(3) cuba menganjurkan penentangan, penghinaan terhadapYang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu samada melalui penulisan, kenyataan ataupun ucapan;

(4) cuba mempertikaikan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Negara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan cuba menyamatarafkan kedudukan Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain dalam Negara ini samada melalui penulisan, kenyataan ataupun ucapan;

(5) cuba mempertikaikan Hak-Hak Istimewa orang Melayu dan Pribumi di Sabah dan Sarawak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara samada melalui penulisan, kenyataan ataupun ucapan;

(6) untuk mendapatkan perubahan Kerajaan Malaysia yang sah yang telah ditubuhkan menurut undang-undang dengan cara yang tidak sah;

(7) cuba membangkitkan perasaan perkauman yang boleh mendatangkan huruhara dan rusuhan antara kaum-kaum samada melalui penulisan, kenyataan ataupun ucapan;

(8) individu yang dituduh melakukan rasuah yang melibatkan jumlah wang terlalu besar yang boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi Negara menyebabkan kemarahan terlampau masyarakat dan boleh mengakibatkan rusuhan;

DAN BAHAWASANYA tindakan yang telah diambil dan ancaman yang dibuat itu memudaratkan keselamatan Malaysia;

DAN BAHAHAWASANYA Parlimen berpendapat perlu dihentikan atau dicegah tindakan itu;



CADANGAN PINDAAN KEPADA
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

2) Untuk mengkaji semula kuasa Menteri untuk membuat perintah tahanan dibawah Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri

Seksyen 8(1)

Jika menteri berpuashati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya, Menteri boleh, dengan kelulusan terlebih dahulu dari Majlis Keselamatan Dalam Negeri, membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

Section 8(1A)

“Apa-apa perintah tahanan yang dibuat oleh Menteri tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Majlis Keselamatan Dalam Negeri adalah tidak sah dan tidak mempunyai kesan undang-undang”.



CADANGAN PINDAAN KEPADA
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

3) Untuk mengkaji semula kuasa Menteri untuk membuat perintah sekatan dibawah Seksyen 8(5) Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Jika Menteri berpuashati bahawa bagi mana-mana maksud yang disebut dalam subseksyen (1) perlu supaya pengawalan dan pengawasan diadakan ke atas mana-mana orang atau supaya sekatan dan syarat dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktiviti, kebebasan bergerak atau tempat kediaman atau pekerjaannya, tetapi bahawa bagi maksud itu tidak perlu untuk menahannya, Menteri boleh dengan kelulusan terlebih dahulu dari Majlis Keselamatan Dalam Negeri, membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah sekatan) yang mengenakan ke atas orang itu semua atau mana-mana sekatan dan syarat yang berikut-

Seksyen 8 (5A)

“Apa-apa perintah sekatan yang dibuat oleh Menteri tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Majlis Keselamatan Dalam Negeri adalah tidak sah dan tidak mempunyai kesan undang-undang”



CADANGAN PINDAAN KEPADA
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960

4) Untuk memasukkan seksyen baru bagi penubuhan Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang hendaklah menjadi satu badan yang diberi kuasa untuk memberi kelulusan sebelum Menteri boleh membuat apa-apa perintah tahanan atau perintah sekatan. Ini adalah untuk mengelakkan perintah arbitrari dibuat oleh Menteri dan untuk mengelakkan salah guna kuasa oleh Menteri. Ianya juga supaya Menteri tidak dilihat salah guna kuasa.

Seksyen 8E Majlis Keselamatan Dalam Negeri

(1) Majlis Keselamatan Dalam Negeri yang ditubuhkan bagi tujuan bab ini di bawah Akta ini hendaklah dilantik oleh Yang Dipertuan Agung dan mengandungi orang-orang yang seperti berikut :-

(a) Peguam Negara Malaysia yang hendaklah menjadi Pengerusi
(b) Ketua Polis atau wakilnya
(c) Dua (2) ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Negara
(d) Satu (1) ahli dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

(2) Apabila menerima permohonan dari Menteri bagi kelulusan untuk membuat perintah tahanan atau perintah sekatan atau melanjutkan tempoh perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap mana-mana orang atau mana-mana kumpulan orang, Pengerusi Majlis Keselamatan Dalam Negeri hendaklah dengan serta merta mengatur satu mesyuarat untuk menimbang permohonan tersebut dan mesyuarat boleh memberi kelulusan melalui keputusan majoriti dari kalangan ahli-ahli Majlis Keselamatan Dalam Negeri jika Majlis Keselamatan Dalam Negeri berpuashati bahawa tahanan atau sekatan ke atas orang atau kumpulan orang tersebut adalah perlu bagi tujuan untuk mencegah orang atau kumpulan orang tersebut dari bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya;

(3) Setiap mesyuarat yang diatur bagi tujuan dibawah sub seksyen (2) hendaklah diadakan dengan korum tiga (3) ahli atau lima (5) ahli dan keputusan ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat tersebut hendaklah dianggap sebagai keputusan Majlis Keselamatan Dalam Negeri dan akan disampaikan secara bertulis kepada Menteri dengan serta merta;

(4) Tidak ada lanjutan tempoh perintah tahanan atau perintah sekatan boleh dibuat oleh Menteri tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Majlis Keselamatan Dalam Negeri;

(5) Tidak ada perubahan, pembatalan, penambahan kepada mana-mana sekatan atau mana-mana syarat tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Majlis Keselamatan Dalam Negeri;


SATU CADANGAN YANG CUKUP BAGUS YANG DIBUAT OLEH PRIBUMI PERKASA,
DISINI ADI PASTE KAN MEMORANDUM PRIBUMI PERKASA UNTUK TATAPAN PARA PEJUANG AGAMA , BANGSA DAN TANAH AIR

Read more...

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP