SAHABAT - SAHABAT صحابة - صحابة









PEMIMPIN PAS MEMBUAT HUKUM SENDIRI DEMI POLITIK

>> Sabtu, Februari 28, 2009

DIPETIK DARI WEB http://umno-online.com/



KUALA LUMPUR: Pada tahun 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram dan diikuti pula dengan amanat Haji Hadi Awang pada April 1981 menyatakan sesiapa di kalangan pengikut Pas yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid.

Haji Hadi membuat amanat itu semata-mata kerana padanya UMNO mempertahankan perlembagaan penjajah, padahal Pas juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh Pas 6 (11)).

Pas juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif 1999.

Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 15 April 1995 bahawa tokoh-tokoh agama UMNO sama dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani, yang menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengisytiharkan perang Badar terhadap UMNO pada pilihan raya umum 1995.

Pada 24 Januari 1999, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka bahawa Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Dap dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah dengan syaitan sekalipun dia terima berkawan.

Sebaik sahaja memegang memegang tampuk pemerintahan negeri Terengganu pada pilihan raya umum 1999, Datuk Seri Haji Hadi mempersendakan hudud Allah dengan mengatakan pelaksanaan hukum hudud melalui proses yang panjang apabila, katanya:
“Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam.”

Pada tahun 1999, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup menghina Allah mengatakan Allah memaki, mencemuh dan mencarut semata-mata kerana hendak membela seorang ahli Pas yang menulis buku berjudul ‘Shit’.
“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat.

“Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan carut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam.”

Semua ini merupakan contoh bagaimana pemimpin-pemimpin Pas membuat sesuatu hukum hanya semata-mata kepentingan kuasa dan politik mereka.

Natijahnya, sehingga kini pengikut dan penyokong Pas masih lagi taksub berpegang kepada kata-kata pemimpin mereka.

Read more...

KENAPA KRISTIAN PERLU MENGGUNAKAN NAMA ALLAH ???

SEBAGAI UMAT ISLAM BERITA YANG DITERIMA HARI INI ADALAH SATU BERITA YANG MENGEJUTKAN,APABILA MAJALAH KRISTIAN DIBENARKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH.

SIAPA YANG MEMBERI RESTU KEPADA GOLONGAN KRISTIAN INI UNTUK MEMOHON MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH???

KENAPA PERLU MERAKA INI MEMBERI KENYATAAN INI.ADAKAH KERANA INGIN MENDAPAT SOKONGAN POLITIK???

ADAKAH POLITIK LEBIH PENTING DARI AGAMA ISLAM???

KENAPA AHLI PARLIMEN SHAH ALAM , DEWAN ULAMAK PAS DAN PEMIMPIN DE FACTO PAKATAN RAKYAT MEMBERIKAN GREEN LIGHT KEPADA MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH.APA AGENDA MEREKA INI...

KENAPA PIHAK HERALD TRIBUNE MAJALAH KATOLIK INI BERSUNGGUH - SUNGGUH MEMOHON UNTUK MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH UNTUK MENGANTIKAN PERKATAAN TUHAN DAN JESUS DALAM PENULISAN MEREKA.

APA AGENDA TERSEMBUNYI MEREKA INI...

DALAM KHALIMAH SHAHADAH KITA MENYEBUT LAA ILAHAILLAH LAA ITU BERMAKSUD TIADA ILLAH ITU BERMAKSUD TUHAN.MEREKA BOLEH MENGGUNAKAN PERKATAAN ILLAH UNTUK MENGANTIKAN PERKATAAN TUHAN ATAU JESUS.

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH INI AKAN MENIMBUL KAN KEKELIRUAN KEPADA UMAT ISLAM DIMALAYSIA TERUTAMA KEPADA UMAT ISLAM YANG SEDIKIT JAHIL DALAM HAL EHWAL AGAMA.JIKA DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN INI AKAN MENYEBABKAN UMAT ISLAM RAMAI YANG MENJADI MURTAD KERANA KELIRU.SIAPA YANG PERLU BERTANGGUNG JAWAB

ADAKAH AHLI PARLIMEN SHAH ALAM ,ATAU DEWAN ULAMAK PAS ATAU PEMIMPIN DE FACTO PAKATAN RAKYAT???ADAKAH MEREKA INI INGIN BERTANGGUNG JAWAB

JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI.INI KERANA PADA MASA ITU MEREKA INI AKAN MEMBUAT KECOH UNTUK MENUNDING JARI KAPADA KERAJAAN KERANA TIDAK PEKA KEPADA SENSIVITI UMAT ISLAM.ITU YANG ADA DALAM KEPALA HOTAK DIORANG INI.

KENAPA KDN AKUR UNTUK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MEREKA.INI KERANA DALAM PERLEMBAGAAN ADA TERTULIS TENTANG KEBEBASAN BERAGAMA.
ADAKAH SEBAB ITU KERAJAAN HARUS DI PERSALAHKAN.JAWAPANNYA TIDAK BOLEH DISALAH KAN KEPADA KERAJAAN.INI KERANA KALAU KDN MASIH MELARANG ITU AKAN MELANGGAR PELEMBAGAAN MALAYSIA.

JADI SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN.JAWAPANNYA ADALAH ORANG - ORANG YANG BERKEPENTINGAN DAN RAKUS UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN DARI SEMUA RAKYAT YANG MEMBERIKAN RESTU KEPADA MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH DALAM PENULISAN MEREKA .ITU LAH ORANG YANG PATUT DIPERSALAHKAN

Read more...

Edisi Pagi : Cadangan Resolusi BPN Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA -Malaysiakini



BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.

BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.





Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.




Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.


HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...


Disediakan :

Panglima Perang Cyber
Yang Dipertua Blogger Pembela Negara.

28 Februari 2009

Read more...

KERANA MULUT BADAN BINASA

>> Khamis, Februari 26, 2009

KITA TELAH MENDENGAR KELANCANGAN MULUT KARPAL SINGH DI PARLIMEN YANG MENUDUH DAN MENGUNGKAPKAN PERKATAAN YANG TIDAK ELOK KEATAS PERGERAKAN PEMUDA UMNO.

TUDUHAN YANG DIBERIKAN OLEH KARPAL SINGH ADALAH TIDAK BERASAS DAN MELULU.DIA JUGA MENGGUNAKAN KEKEBALAN SEBAGAI SEORANG AHLI PARLIMEN DENGAN MEMBUAT TUDUHAN TERSEBUT DIDALAM DEWAN RAKYAT.

JIKA BENAR TUDUHAN DIA ITU KENAPA KARPAL SINGH TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS SAHAJA KENAPA DIA PERLU MEMBUAT KENYATAAN YANG MENIMBULKAN PROVOKASI DAN KEMARAHAN DARI PEMUDA UMNO MALAYSIA.

DEK KERANA MULUT DIA YANG LANCANG MEMBUAT TUDUHAN ITU.DEWAN RAKYAT TERPAKSA MEWUJUDKAN SATU BADAN PENYIASAT KHAS YANG TERDIRI DARI AHLI PARLIMEN KERAJAAN DAN PEMBANGKANG UNTUK MENYIASAT DAKWAAN DIA.

NAMPAKNYA DUA BERANAK INI TERLALU SUKA MEMBUAT PROVOKASI KEATAS ORANG - ORANG MELAYU.

INIKAH RAKAN BAIK DALAM PAKATAN RAKYAT YANG DI WAR - WARKAN OLEH PAS.

NAMPAKNYA ORANG MELAYU JUGA KENA BERFIKIR DUA KALI UNTUK MENYOKONG MEREKA INI...




Read more...

KENYATAAN MEDIA Y.B DATO MUKHRIZ MAHATHIR



KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

AHLI PARLIMEN JERLUN


Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.


Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.


Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.


Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.


Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat

Read more...

PR KEARAH MEREPUBLIKAN MALAYSIA

HARI INI KITA DENGAR AHLI PARLIMEN PUCHONG GOBIND SINGH DEO MEMBUAT CADANGAN SUPAYA PERDANA MENTERI DIPILIH OLEH RAKYAT.

BILA KITA FAHAMI UCAPAN ITU TUJUANNYA TIADA LAIN ADALAH UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA REBUBLIK DAN MENAFIKAN HAK DAN KUASA YANG DIPERTUAN AGONG.

MEREKA NAK JADIKAN MALAYSIA MACAM REPUBLIK SINGAPURA.

KEPADA ORANG MELAYU YANG MENYOKONG PR ADAKAH MEREKA SEDAR BAHAWA BILA NEGARA KITA TELAH MENJADI REPUBLIK DIMANAKAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU PADA KETIKA ITU.CUBA KITA FIKIRKAN.DI SINGAPURA ORANG MELAYU HANYA LAYAK MENJAWAT JAWATAN MENTERI UNTUK KEBUDAYAAN DAN MENJAGA HAL EHWAL AGAMA ISLAM.

ADAKAH KITA INGIN MENDAPAT NASIB YANG SAMA SEPERTI MELAYU SINGAPURA.

SEPERTI YANG KITA TAHU KEDUDUKAN ORANG MELAYU INI TINGGI PADA HARI INI KERANA MASIH WUJUD SULTAN DAN RAJA - RAJA MELAYU.KALAU NEGARA KITA TELAH MENJADI REPUBLIK KEDUDUKAN RAJA RAJA MELAYU HANYA AKAN TINGGAL NAMA DAN JAWATAN SAHAJA.

ADAKAH KITA SEMUA SANGGUP UNTUK MENJADI HAMBA DALAM NEGARA SENDIRI.

KALAU TIDAK SANGGUP SAMA SAMA LAH KITA TIMBANGKAN KEMBALI KEPUTUSAN UNTUK MEYOKONG MEREKA INI.

RAJA MELAYU MENJADI LAMBANG KEWUJUDAN ORANG - ORANG MELAYU DI TANAH MELAYU INI.
JADI BILA RAJA - RAJA MELAYU INI HILANG KUASA APAKAH NASIB ORANG - ORANG MELAYU INI.

KITA TENGOK BILA KERAJAAN BONEKA PR PERAK MEMERINTAH PERAK SIAPA YANG MENDAPAT NIKMAT,HANYA ORANG - ORANG CINA SAHAJA.

BEGITU JUGA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR.

ITU BARU MEREKA DAPAT MEMERINTAH BEBERAPA BUAH NEGERI.CUBA BAYANGKAN KALAU MEREKA INI DAPAT MEMERINTAH MALAYSIA.

TAK TAHU LAH APA YANG AKAN JADI SELEPAS ITU......

SAMA SAMA LAH KITA TIMBANGKAN.

TAKDA APA KEBAIKAN PUN PADA ORANG MELAYU JIKA MEREKA INI MEMERINTAH...

Read more...

KEMANA PERGINYA ULAMAK PAKATAN RAKYAT???

>> Selasa, Februari 24, 2009

INI ADALAH PETIKAN DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 24 FEBRUARI 2009 BERSAMAAN 28 SAFAR 1430H.

SEPANJANG BERITA INI DIKELUARKAN APA YANG KITA LIHAT CUMA DEWAN PEMUDA PAS SAHAJA YANG MEMBANTAH CADANGAN INI.

KEMANA PERGINYA KOMEN TUAN - TUAN GURU MERAKA???

ADAKAH MERAKA MERESTUI PENUBUHAN MAJLIS INI???

APA YANG KITA HARAP AKAN ADA KOMEN YANG BAIK DARI MEREKA INI


DAP hina Islam?

Oleh HASNURUL MOHAMED
utusanpenang@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Read more...

KESALAHAN PR ATAU KONSPIRASI BN???

>> Isnin, Februari 23, 2009

MENGALIHKAN TUMPUAN RAKYAT KEPADA PERTUDUHAN ATAU SALAH LAKU YANG MERAKA BUAT INI TELAH MENJADI KEPAKARAN KETUA UMUM DAN PEMIMPIN TERTINGGI MEREKA

KITA LIHAT DALAM ISU ADUN BUKIT LANJAN APA YANG MEREKA KATA INI ADALAH KONSPIRASI OLEH BARISAN NASIONAL.

KITA LIHAT JUGA ISU TERBARU APABILA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA ( SPRM ) MEMBUAT PERTUDUHAN KEATAS MB SELANGOR APA YANG PEMIMPIN PR KATAKAN ITU JUGA KONSPIRASI BN.

DAN SEKALI LAGI KETUA UMUM MEREKA MENYATAKAN ADA LAGI PITA VIDEO YANG MEMBUKTIKAN ADA INDIVIDU DALAM BN YANG CUBA MERASUAH ADUN MEREKA DIKEDAH.DAN SETIAP KALI ADA ISU ATAU PERTUDUHAN KEATAS MEREKA MESTI ADA PITA VIDEO,ATAU DOKUMEN YANG MEREKA KATAKAN SALAH LAKU BN

KITA NAMPAK INI SEPERTI CUBA MENGALIHKAN PANDANGAN RAKYAT ATAS KELEMAHAN DAN KESALAHAN MEREKA

INI DAH MENJADI PERMAINAN MEREKA BILA TIMBUL SESUATU ISU.

ADAKAH RAKYAT MASIH LAGI MAHU TERTIPU DENGAN PERMAINAN POLITIK MEREKA INI.YANG TERLALU ASYIK MEMPERDAYA RAKYAT DENGAN JANJI KOSONG.DAN MEMBELI SIMPATI RAKYAT DENGAN CERITA - CERITA BOHONG MEREKA.SAMPAI BILA MERAKA PERLU UNTUK BERBOHONG DENGAN RAKYAT.

INI DILAKUKAN HANYA UNTUK MENDAPATKAN KUASA,

ADAKAH INI PEMIMPIN YANG KITA HENDAK CARI.

SEORANG PEMIMPIN YANG SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA AGAR NAFSU POLITIK MEREKA DAPAT DIPENUHI.

SEHINGGA MELIBATKAN ISU - ISU AGAMA DAN BANGSA.

ADAKAH NANTI KITA SANGGUP MELIHAT KEMUSNAHAN DARI PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN YANG DIBINA OLEH PEMIMPIN KITA TERDAHULU
DEK KITA TERPENGARUH DENGAN POLITIK BODOH DAN BERKEPENTINGAN INI.

SAMA - SAMA LAH KITA RENUNGKAN FIKIR - FIKIR KAN SEMASAK MASAKNYA SEBELUM PERBUATAN KITA MENGHANCURKAN AGAMA , BANGSA DAN TANAH AIR KITA YANG TERCINTA,KERANA KITA TERLENA DENGAN NYANYIAN POLITIK MEREKA INI

SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK DAN MEMBUKA KEBENARAN DAN KEBATILAN MEREKA INI KEPADA KITA.....AMIN

Read more...

SUMPAH SETIA MENJUNJUNG KASIH KEPADA RAJA - RAJA MELAYU

>> Jumaat, Februari 20, 2009

Read more...

MENGIKUT MEMBABI BUTA

Surah
10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan
saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk
mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan. >>>

Inilah permasalahan besar yang sedang
melanda Umat Islam hari ini. Semuanya berada dalam keadaan
sangka-sangka dan teka teki, tiada kefahaman yang jitu dan tepat, yang
mendalam tentang agama mereka sendiri. cukup sekadar mewakilkan segala
urusan kepada tok Imam dan Tok Lebai, yang akhirnya memberi ruang
kepada banyak pemesongan akidah dan hala tuju dalam urusan agama itu
sendiri… mengujudkan banyak aliran ajaran sesat akibat dari kejahilan
pengikut.

akhirnya ada orang jahil yang mengambil kesempatan menyamar sebagai orang alim menyesatkan akidah umat islam sehingga mereka terpesong dari perjuangan dan landasan sebenar...

sama - sama lah kita fikirkan

Read more...

DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DUKACITA

>> Selasa, Februari 17, 2009

PERKAUMAN
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

AGAMA ISLAM
Mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan, dan tidak mempersoalkannya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kesepakatan dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

FITNAH DAN BERITA PALSU
Rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

SIKAP AHLI PARLIMEN
Amat sedih perilaku tidak sepatutnya di kalangan Ahli Parlimen pada sesi lalu yang memberi imej negatif. Semua Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi.

Read more...

MENDERHAKA KEPADA PEMIMPIN

>> Isnin, Februari 16, 2009

ADAKAH MENDERHAKA INI DIAJAR OLEH ISLAM.
JAWAPAN NYA TIDAK
ISLAM MENGAJAR KITA UNTUK TAAT KEPADA ALLAH , TAAT KEPADA RASULLAH DAN TAAT KEPADA PEMIMPIN DIKALANGAN KAMU

JADI TIDAK ADA SEBAB UNTUK KITA MENDERHAKA.KITA LIHAT PANDANGAN ULAMAK PADA AYAT DIBAWAH INI

Abnul Juzi Al-Maliki pula berkata: "Kita tidak harus menentang kerajaan (yakni kerajaan Islam) sekalipun (pimpinannya) melakukan kezaliman sehinggalah ternyata pada mereka kekufuran yang jelas, ketaatan mestilah diberikan kepada mereka sama ada dalam perkara yang disukai mahupun dibenci kecuali mereka memerintahkan supaya mengerjakan maksiat, maka dalam keadaan demikian tidak ada ketaatan kepada makhluk yang bermaksiat kepada Allah." (Qawaniyyah Fikhiyyah 14)

PADA PENDAPAT ULAMAK INI KERAJAAN ZALIM YANG TIDAK MEMERINTAHKAN SUPAYA MENGERJAKAN MAKSIAT PUN TIDAK HARUS DITENTANG.

INIKAN PULA KERAJAAN YANG MENJAGA KEPENTINGAN SEMUA BANGSA DIMALAYSIA INI.

DIHARI INI KITA DAPAT LIHAT BUKAN HANYA KERAJAAN DITENTANG TETAPI SULTAN YANG MENJADI KETUA AGAMA PUN DITENTANG OLEH ORANG - ORANG YANG RAKUS UNTUK MENYEMBAH BERHALA YANG DISEMBAH OLEH MASYARAKAT KAFIR QURAISYI DULU IAITU TAHTA ( KUASA DAN MENJADI PEMIMPIN ULUNG ) HARTA ( KEKAYAAN ) DAN WANITA.

ADAKAH MEREKA - MEREKA INI YANG KITA NAK JADIKAN SEBAGAI IDOLA DAN MEMBERI MEREKA KUASA UNTUK MEMIMPIN.

ADAKAH KITA SANGGUP MENENTANG RAJA YANG MENJADI LAMBANG DAN TUNJANG KEPADA ISLAM DAN BANGSA MELAYU INI.


JANGAN LAH KITA BERSERTA DENGAN MANUSIA - MANUSIA RAKUS INI.MEREKA AKAN MELUPAKAN KITA SETELAH APA YANG MEREKA IMPIKAN MENJADI KENYATAAN.


SAMA - SAMA LAH KIT FIKIR DAN RENUNGKAN BERSAMA.

YA ALLAH KAU PELIHARALAH DAN SELAMATKAN LAH RAJA - RAJA MELAYU DI MALAYSIA INI.DAN KAU SELAMATKAN LAH PEMIMPIN - PEMIMPIN DALAM KERAJAAN MALAYSIA YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

AMIN YARABBALLALAMIN

Read more...

BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI DAN AMERIKA


SEPERTI YANG KITA KETAHUI ADA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI DAN AMERIKA.

SEBENARNYA ALLAH MELARANG KITA BERSEKONGKOL DENGAN ORANG KAFIR YANG MEMUSUHI DAN MEMERANGI ORANG ISLAM.SEPERTI YAHUDI DAN AMERIKA.

PERKARA INI DIBUKTIKAN DENGAN SATU FIRMAN DARI ALLAH DALAM SURAH AN NISAA'( 4 ) AYAT 89

Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling[330], tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong,

DALAM AYAT INI ALLAH MENJELASKAN JANGAN KITA MENJADIKAN ORANG KAFIR INI SEBAGAI PENOLONG ATAU ORANG YANG RAPAT DENGAN KITA.SEHINGGA MEREKA MASUK ISLAM.

TAPI YANG MENJADI TANDA TANYA KEPADA KITA KENAPA ULAMA - ULAMA DALAM PAKATAN RAKYAT DIAMKAN SAHAJA DENGAN PERKARA INI.

ADAKAH MEREKA TIDAK BERJUMPA DENGAN AYAT INI???

ATAU SENGAJA MEREKA DIAMKAN DEMI UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN MEREKA.

JADI SAYA HARAP KITA DAPAT BERSAMA - SAMA BERFIKIR DENGAN AKAL YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH S.W.T

Read more...

7 WASIAT UNTUK BANGSA MELAYU DARI RAJA - RAJA DAN PEMIMPIN MELAYU

Di Persidangan Meja Bulat anjuran Gabungan Graduan Muda Melayu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam, November 22hb, 2008, Yg. Arif Dato’ Mohd Noor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia telah membacakan“Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin Melayu”

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Tujuh perkara itu adalah:

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA )

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara,

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini,

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan,

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU, dan

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Read more...

CUBAAN ME REPUBLIKAN MALAYSIA

SEKARANG KITA LIHAT ADA PIHAK CUBA UNTUK MENJALANKAN DAKYAH UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM REPUBLIKAN DI MALAYSIA...
SEKARANG KITA DAH MULA MENDENGAR MAHKAMAH RAKYAT , KERAJAAN RAKYAT, DAN LAIN - LAIN LAGI!!!

TANPA SISTEM BERAJA NI KEMANA ORANG MELAYU NI NAK BERGANTUNG.
DAN KERANA SISTEM BERAJA LAH AGAMA ISLAM MENJADI AGAMA RASMI DIMALAYSIA.

SEKARANG INI KITA LIHAT ADA CUBAAN PIHAK TERTENTU UNTUK MENJADIKAN RAKYAT MEMBENCI RAJA - RAJA MELAYU.
APA SEMUA NI???
JANGAN NANTI KERANA MULUT YANG SEDAP BERPOLITIK MURAHAN DAN KEPENTINGAN , ORANG MELAYU MENJADI MANGSA POLITIK BODOH INI.

ADA DIKALANGAN GENG PAKATAN RAKYAT INI CUBA MENYALAKAN API UNTUK MELIHAT KEADAAN KUCAR KACIR DI MALAYSIA.

CUBA LAH KITA SEMUA BERFIKIR DENGAN RASIONAL,
DAN CUBA KITA FIKIRKAN SEMUA KEAMANAN YG KITA KECAPI SELAMA INI
ADAKAH KITA SUKA MELIHAT KEADAAN TIDAK STABIL INI.
SANGGUP KAH KITA MENGADAI KEAMANAN YANG ADA INI HANYA UNTUK PUASKAN HATI SESEORANG YANG CITA - CITA NYA NAK JADI PM DENGAN RAMPASAN KUASA.

MARILAH KITA SAMA SAMA BERFIKIR,DAN KEMBALI BERSATU UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN DINEGARA KITA INI DAPAT DIKEKALKAN

Read more...

JANGAN BIADAP KATA SULTAN SELANGOR

>> Ahad, Februari 15, 2009



KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

Read more...

AKHIRNYA NIZAR MENGALAH JUA

>> Jumaat, Februari 13, 2009

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH S.W.T

KERANA AKHIRNYA MANTAN MB NIZAR KELUAR JUGA DARI KEDIAMAN MB YANG DIBINA OLEH BN ITU.

MUNGKIN MANTAN MB NIZAR SUDAH TERSEDAR DARI MIMPI NGERI DIA,

DAN MUNGKIN DIA TELAH SEDAR BAHAWA DIA BUKAN LAGI SEORANG MB

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TELAH TEWAS DALAM PERMAINAN YANG MEREKA CIPTA SENDIRI.INI KERANA MEREKA TERLALU RAKUS DALAM HAL PENTADBIRAN KERAJAAN PERAK.INILAH AKIBATNYA KALAU MEMBERI KUASA DAN AMANAH KEPADA YANG BUKAN AHLI.AKHIRNYA HANCUR.

DAN INI LA AKIBATNYA BILA KITA TERLALU ANGKUH DAN TERLALU MENGEJAR BERHALA - BERHALA YANG TELAH DISEMBAH OLEH ORANG - ORANG KAFIR QURAISY DULU IAITU TIGA TA YANG DISEMBAH TAHTA ( KUASA DAN PANGKAT ) , HARTA DAN WANITA.

KERANA APABILA MEREKA BERADA DIPUNCAK MEREKA LUPA SAUDARA - SAUDARA MEREKA YANG DIBAWAH INI.

SEHINGGAKAN SAHABAT DIANGGAP MUSUH , MUSUH DIJADIKAN SAHABAT BAIK.

SEKALI LAGI KITA MENGUCAPKAN SYUKUR KERAJAAN BONEKA PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAFIKAN HAK MELAYU DI PERAK TELAH RUNTUH

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

SYUKUR KEPADA MU YA ALLAH KERANA TELAH MEMAKBUL KAN DOA KAMI

AMIN

Read more...

APA JASA MB PAKATAN RAKYAT PERAK KEPADA ORANG MELAYU???

>> Rabu, Februari 11, 2009

SEPANJANG 11 BULAN PENTADBIRAN MB PR PERAK

SATU PERSOALAN YANG MENJADI TANDA TANYA APA JASA MB NIZAR KEPADA ORANG MELAYU???

KERANA SEPANJANG PENTADBIRAN DIA HANYA ORANG - ORANG CINA KAMPUNG BARU YANG MENDAPAT KEUNTUNGAN DARI PENTADBIRAN DIA,

ADAKAH PENDUDUK CINA KAMPUNG BARU INI PENGUNDI MAJORITI DALAM NEGERI PERAK.TERLALU BANYAK KAH UNDI MEREKA SEHINGGA NIZAR TERLALU MENUMPUKAN KEPADA MEREKA.

DIMANA MEREKA SEWAKTU MANTAN MB NIZAR TUMBANG???
ADAKAH MERAKA BERSENANG LENANG DIRUMAH SETELAH MENDAPAT TANAH YANG PERJANJIAN 999 TAHUN.KENAPA MEREKA TIDAK BERMATIAN MEMPERTAHANKAN NIZAR YANG TUMBANG DIPERAK.JAWAPANNYA MEREKA HANYA NAK MENDAPATKAN KEPENTINGAN MEREKA SAHAJA.
NIZAR NAK JATUH KE NIZAR NAK NAIK KE MEREKA TAK KISAH JANJI TANAH DAPAT,

JADI SIAPA YANG MEMPERTAHANKAN NIZAR BERMATIAN MATIAN NI,YANG SAMPAI BERBARING DIATAS JALAN HANYA UNTUK TIDAK MEMBENAR KAN KERETA DYMM TUANKU SULTAN PERAK DAN PARA VVIP YANG LAIN UNTUK LALU.

APA YANG MEREKA DAPAT DARI PENGORBANAN TU,ADAKAH MEREKA DAPAT TANAH PERJANJIAN 999 TAHUN SORANG SEEKAR,
JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI

APA HADIAH YANG MEREKA DAPAT DALAM USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN KEDUDUKAN KUASA NIZAR HANYA GAS PEMEDIH MATA DAN TIDOR DIDALAM LOKAP

ADAKAH INI YANG DINAMAKAN PERJUANGAN...
ADAKAH MEMPERTAHANKAN NIZAR ITU SATU JIHAD BESAR DALAM ISLAM.SEHINGGA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BERMATIAN -MATIAN MEMPERTAHANKANYA.

SAMA - SAMA LAH KITA FIKIRKAN
YANG BERPECAH ORANG MELAYU
YANG BERPERANG SESAMA SENDIRI JUGA ORANG MELAYU

Read more...

LANUN???

>> Selasa, Februari 10, 2009

MENGIKUT APA YANG DIKATAKAN OLEH HUSAM MUSA CARA BN MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PERAK SEPERTI LANUN.

ITULAH KENYATAAN DARI HUSAM MUSA.MEMANG APA PUN BN BUAT APA PUN SEMUANYA JAHAT.KALAU PAS/DAP/PKR YANG BUAT SEMUA MULIA...

APA PUNYA DOUBLE STANDART NI.KALAU BENDA SALAH SAPA BUAT PUN JADI SALAH....

PKR/PAS/DAP NAK RAMPAS KERAJAAN PADA 16 SEPT TAK PA.ULAMA DEPA KATA TAKPA

TAPI BN DAH AMBIK ALIH KERAJAAN PERAK DIKATAKAN LANUN.

SAPA YANG LANUN SEBENARNYA BARISAN NASIONAL KE PAKATAN RAKYAT???

PR YANG MEMULAKAN PROGRAM LOMPAT PARTI NI UNTUK MERAMPAS KERAJAAN PUSAT.

ADAKAH KERAJAAN PUSAT ITU BUKAN RAKYAT YANG MEMILIH.

BN DAPAT MAJOROTI TU BUKAN MANDAT DARI RAKYAT KE.
TAK SAMA KE DENGAN PR...

RAKYAT YANG MENGUNDI BN TU TAK SAMA KE DENGAN RAKYAT YANG MENGUNDI PR??

APA SEMUA NI PR JANGAN LA NAK KELIRUKAN RAKYAT DENGAN KENYATAAN YANG DIPUTAR BELIT MACAM NI.

Read more...

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

Read more...

CALON P 059 PARLIMEN BUKIT GANTANG ADAKAH ORANG LUAR ATAU ANAK TEMPATAN

SELEPAS BERITA KEMATIAN AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG.TENTU DIKALANGAN KITA TERTANYA - TANYA SIAPAKAH CALON UNTUK BERTANDING KERUSI TERSEBUT

KITA LIHAT SENARIO PENCALONAN YANG LEPAS.SETELAH BEBERAPA PENGGAL YANG LALU KERUSI INI DIBERIKAN KEPADA ORANG LUAR BUKIT GANTANG.SEHINGGA LAH KERUSI INI DIPINJAMKAN KEPADA GERAKAN UNTUK TEMPOH SATU PENGGAL.

KALI INI SAYA SEBAGAI PENGUNDI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG INGIN MELIHAT SEORANG CALON PARLIMEN DIKALANGAN ORANG TEMPATAN.DIHARAP PIHAK MAJLIS TERTINGGI UMNO DAPAT MEMPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH CALON DIKALANGAN ORANG - ORANG UMNO TEMPATAN.

KERANA ANAK TEMPATAN BUKIT GANTANG TIDAK KURANG HEBATNYA ADA YANG MENJADI ORANG PENTING DALAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI,ADA YANG MENJADI ORANG PENTING DALAM PENTADBIRAN BANDAR.ADA YANG BERPENGAJIAN CUKUP TINGGI,ADAKAH INI SEMUA TIDAK MELAYAKKAN ANAK TEMPATAN BUKIT GANTANG MENJADI CALON DALAM PARLIMEN NYA SENDIRI.

KENAPA PERLUNYA CALON DARI LUAR LAGI???

TIDAK HEBATKAH ANAK TEMPATAN DISINI???

SAYA BERHARAP PADA PILIHANRAYA KECIL KALI INI KITA DAPAT MELIHAT CALON P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG DIKALANGAN ORANG MELAYU TEMPATAN.DAN SAYA BERHARAP PIHAK MAJLIS TERTINGGI TIDAK MEMILIH CALON YANG MEREKA SUKA TETAPI HARUS MEMILIH CALON YANG PENGUNDI SUKA.

SAMA - SAMA LAH KITA BERDOA.......

Read more...

PILIHANRAYA KECIL P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG

>> Isnin, Februari 09, 2009



SATU PILIHANRAYA KECIL UNTUK P059 PARLIMEN BUKIT GANTANG AKAN DIADAKAN DALAM TEMPOH TIDAK LEBIH DARI 60HARI KALAU IKUT PERATURAN SPR.PELIHANRAYA INI DIADAKAN BERIKUTAN AHLI PARLIMEN P059 BUKIT GANTANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH TENGAHARI TADI.SAYA MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA Y.B HJ ROSLAN SHAHROM ( ALFATIHAH )

DIHARAP PADA PILIHANRAYA KECIL KALI INI.PENGUNDI DI PARLIMEN BUKIT GANTANG AKAN BERFIKIRAN LEBIH RASIONAL DAN DAPAT MEMILIH WAKIL RAKYAT UNTUK KERUSI TERSEBUT UNTUK PEMBANGUNAN ORANG MELAYU DAN KAWASAN BUKIT GANTANG

UNTUK MAJLIS TERTINGGI UMNO.DIHARAP DAPAT MELETAKKAN CALON DIKALANGAN ORANG - ORANG TEMPATAN KAWASAN BUKIT GANTANG.INI KERANA KAWASAN BUKIT GANTANG TELAH SEKIAN LAMA DIWAKILI OLEH ORANG - ORANG DARI LUAR BUKIT GANTANG.BERILAH PELUANG KEPADA ORANG TEMPATAN UNTUK MENJADI CALON...

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT P059 KAWASAN BUKIT GANTANG

* P59 BUKIT GANTANG (55,471)
o Melayu: 63.48% Cina: 26.77% India: 9.71% Lain: 0.04%
+ M.Murganan (Bebas)
+ Azmi Mohd Zabidi (BN-UMNO)
+ Roslan Shaharum (PAS)
# Roslan Shaharum (Menang) Jumlah Undi: 20,015
# Azmi Mohd Zabidi Jumlah Undi: 18,449
# M.Murganan Jumlah Undi: 872
o Majoriti : 1,566
o Jumlah Undi Dikeluarkan: 40,301
o Jumlah Undi : 39,315
o Undi Diterima : 38,464
o Undi Ditolak (Rosak) : 851
o Undi Tidak Dikembali : 114
o % mengundi : 72.65%
o 2004: Tan Lian Hoe (BN-Gerakan)
o Majoriti 6,702

Read more...

SUMPAH MELAYU



CUBA KITA HAYATI SUMPAH DAN IKRAR DIATAS,SUPAYA KITA SEBAGAI ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM TAU BATAS - BATAS KITA SEBAGAI MANUSIA,DALAM ISLAM PUN ADA MENGAJAR KITA MENJAGA PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA...

Read more...

RUKUN NEGARA

>> Ahad, Februari 08, 2009

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

LAFAZ IKRAR DALAM RUKUN NEGARA YANG KEDUA.
HARI INI TELAH DILANGGAR OLEH ORANG - ORANG YANG PENTINGKAN KUASA DARI RAJA DAN NEGARA NYA.ORANG - ORANG SEPERTI INI TIDAK LAYAK MENJADI SEORANG RAKYAT MALAYSIA.

Read more...

ERTI KEMERDEKAAN



PUISI CIPTAAN YABHG TUN DR.MAHATHIR MOHAMMAD
PEJUANG ULUNG BANGSA MELAYU


Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu 400 tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
43 tahun kita berdiri menebus maruah
merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukan harga itu diperjudikan?

Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
di tangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di matahari terbenam
tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?

Rimba tanpa sempadan
atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
‘kasih alam
ketelusan hukum
keadilan timbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak’
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
‘runtuhkan sempadan!
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolisi’

dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka

dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?

Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa

Di sini kita yakin segalanya boleh
Di sini kita yakin segalanya boleh
Itulah erti kemerdekaan

Perjuangan ini mesti diteruskan.

Read more...

DEKLARASI JANDA BAIK

>> Sabtu, Februari 07, 2009

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Read more...

ADAKAH MANTAN MB LUPA???

SEINGAT SAYA JAWATAN MB PERAK DIBERIKAN KEPADA YB IR NIZAR KERANA TIADA SEORANG PUN WAKIL MELAYU DALAM DAP.KERANA DALAM PERUNTUKAN NEGERI PERAK MENTERI BESARNYA MESTILAH MELAYU.JADI SEBAB ITU DIA DILANTIK.DI BUKANNYA PILIHAN RAKYAT.TETAPI LANTIKAN BELIAU ADALAH KERANA KUASA SULTAN.

MARILAH KITA SAMA - SAMA FIKIRKAN ADAKAH PATUT DIA MENDERHAKA KEPADA SULTAN YANG MEMBERIKAN DIA KEPERCAYAAN UNTUK MENTADBIR NEGERI NYA

SATU LAGI KENYATAAN YANG DILAUNG - LAUNGKAN OLEH MANTAN MB BAHAWA DIA DIPILIH OLEH RAKYAT.CUBA DIA INGAT KEMBALI SIAPA YANG MEMBERIKAN DIA KERUSI TERSEBUT???

APA YANG DIA BUAT SEWAKTU DIA MENTADBIR.APAKAH JASA DIA KEPADA PENDUDUK MELAYU DINEGERI PERAK.SELAMA MENJADI MB ADAKAH DIA SEDAR DIA MENJADI KUDA TUNGGANGAN DAP???

IR NIZAR HANYA LAH BONEKA DALAM KERAJAAN PERAK YANG DIPIMPIN OLEH DAP SECARA BELAKANG TABIR.

KENAPA BELIAU MENYALAHKAN SERI PADUKA SULTAN PERAK DALAM MASALAH INI.SEPATUTNYA DIA YANG SALAH.KERANA DIA MEMBUAT PENGUMUMAN PEMBUBARAN DULU SEBELUM MENGADAP KEBAWAH DULI TUANKU UNTUK MENDAPATKAN PERKENAN TUANKU...

KENAPA DIA PERLU MELATAH DENGAN KES LOMPAT PARTI INI.BILA ADA ADUN UMNO YANG MELOMPAT PARTI DIA KATAKAN ITU BOLEH.TETAPI BILA EXCO DIA KELUAR PARTI DIA KATAKAN TAK SAH.MENGAPA NAK MENGAMALKAN DASAR " DOUBLE STANDART " NI .TAK BOLE KAH PERKARA TERSEBUT DIANGGAP KETENTUAN DARI ALLAH.

Read more...

MANTAN MB SAMAN SULTAN PERAK

>> Jumaat, Februari 06, 2009

SAYA AGAK TERKEJUT DENGAN BERITA TERSEBUT...

KARPAL SINGH CAKAP NIZAR NAK SAMAN SULTAN PERAK....

KENAPA INI BERLAKU....

KEMUDIAN KITA DENGAR PENAFIAN DARI NIZAR MENAFIKAN PERKARA TERSEBUT...

APA NAK JADI DENGAN MEREKA INI...

MERAKA HANYA AKAN MENYOKONG PERKARA YANG MEMBERI KEUNTUNGAN PADA MEREKA.

BILA SULTAN PERAK TIDAK MENGELUARKAN TITAH YANG TAK MENYEBELAHI MEREKA .MEREKA MENGATAKAN SUTAN TAK IKUT PROSIDUR DAN UNDANG - UNDANG.LAWAK JUGA MEREKA NI.MEREKA LUPAKAH YANG MEREKA NAK AJAR TENTANG UNDANG - UNDANG TU BEKAS HAKIM BESAR DAN LORD PRESIDEN YANG CUKUP MAHIR DENGAN UNDANG - UNDANG.KENAPA MEREKA NAK MENCABAR KEDAULATAN SULTAN PERAK.

ADAKAH MEREKA INI DAH TERLALU GILAKAN KUASA.SEHINGGA BUAT APE PUN TAK PE INILAH YANG DIPANGGIL MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.ASALKAN DAPAT MEMPERTAHANKAN KUASA MEREKA APA PUN OK.FITNAH PUN TAK PE JANJI BOLE JADI MB

KITA LIHAT MEREKA CUBA MENGGUNAKAN PENYOKONG MEREKA UNTUK BUAT KEKACAUAN.KITA DENGAR SEMALAM MEREKA AKAN KE MASJID UBUDIAH HARI INI.JADI KITA LIHAT POLIS MEMBUAT SEKATAN JALAN RAYA UNTUK MEMASTIKAN TIDAK BERLAKU KEKACAUAN,TAPI APA YANG MEREKA KATA POLIS MENGHALANG RAKYAT DARI MENGERJAKAN SEMBAHYANG JUMAAT.APA NI KENAPA SAMPAI KESITU FITNAH MEREKA INI.TUJUAN DITEMPATKAN POLIS DISITU UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN BUKAN UNTUK MENGHALANG ORANG PERGI SEMBAHYANG JUMAAT.

JIKA KITA MENYINGKAP SEJARAH MELAYU MELAKA, JEBAT PERNAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN MELAKA.

KENAPA JEBAT MENDERHAKA ???

JAWAPANNYA KERANA MEMBELA SAHABAT DAN SAUDARA SEPERJUANGAN DENGANNYA YANG DIFITNAH..

TETAPI HARI DI HARI INI

KENAPA NIZAR MENDERHAKA???

JAWAPANYA KERANA BELIAU SAYANG UNTUK MELEPASKAN KUASA YANG ADA PADA DIA.KERANA CINTA DIA LEBIH KEPADA KUASA DARI PERJUANGAN ISLAM ITU SENDIRI.

INILAH YANG AKAN JADI BILA ISLAM DIPOLITIKKAN.

POLITIK ISLAM DENGAN MEMPOLITIKKAN ISLAM APA BEZANYA.MARI KITA LIHAT

KALAU POLITIK ISLAM

1.TIDAK MEMENTINGKAN JAWATAN KERANA PERJUANGAN LAGI PENTING DARI JAWATAN
2.ALQURAN DIJADIKAN PANDUAN DALAM MENJALANKAN POLITIK
3.MENGATAKAN SESUATU BERLANDASKAN ALQURAN UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN

KALAU MEMPOLITIKAN ISLAM

1.MEMENTINGKAN JAWATAN ATAU KUASA MELEBIHI PERJUANGAN
2.ALQURAN DIJADIKAN PENYOKONG HUJJAH UNTUK MENGHALAL KAN MATLAMAT MEREKA
3.MEMANIPULASI AYAT ALQURAN UNTUK MENJADIKAN KEBATILAN SUATU KEBENARAN.

SAMA - SAMA LAH KITA BERSATU MENYELAMATKAN UMAT ISLAM , BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA DARI SEBARANG ANASIR ANASIR SEPERTI MERAKA INI YANG CUBA MENGHANCURKAN KEHARMONIAN KITA YANG TERBINA SEKIAN LAMA

Read more...

QADA DAN QADAR

APA YANG BERLAKU HARI INI ADALAH KETENTUAN DARI ALLAH S.W.T.IA MERUPAKAN QADA DAN QADAR DARINYA

TAPI APA YANG BERLAKU HARI INI KITA LIHAT , PARTI YANG KONONNYA BERPEGANG KEPADA AJARAN ISLAM TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT BAHAWA SEMUA YANG BERLAKU INI ADALAH KETENTUAN DARI ALLAH.MEREKA HANYA MENERIMA KETENTUAN DARI ALLAH BILA MEREKA BERKUASA,TETAPI BILA BERLAKU SEBALIKNYA MEREKA TIDAK DAPAT MENERIMA,
ADAKAH MEREKA LUPA BAHAWA SETIAP YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN DARI ALLAH S.W.T
" SEPERTI DALAM FIRMAN ALLAH TIDAK AKAN BERGERAK SEBIJI ZARAH PUN TANPA IZIN AKU "

SEPERTI APA YANG BERLAKU MALAM TADI DI IPOH.MEREKA BERKUMPUL UNTUK MEMBANTAH PENUBUHAN KERAJAAN BARU.YANG JUGA WUJUDNYA KERANA KETENTUAN DARI YANG MAHA ESA.

KENAPA SEMUA INI BERLAKU ADALAH KERANA ISLAM TELAH DIPOLITIKKAN UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU DAN PARTI POLITIK.SEPATUTNYA ISLAM ITU MEMBENTUK POLITIK YANG BAIK SEPERTI YANG RASULULLAH S.W.A TELAH AJARKAN KEPADA KITA.

KENAPA MEREKA INI TIDAK LAGI BERKUASA.INI KERENA SEPANJANG PEMERINTAHAN BELIAU ADA MELAKUKAN KESILAPAN.CUBA MANTAN MENTERI BESAR PERAK RENUNG - RENUNGKAN APAKAH KESILAPAN ITU,SEHINGGA ALLAH MENARIK BALIK KENIKMATAN DAN KUASA YANG ADA PADA BELIAU.MARILAH KITA BERMUHASABAHKAN DIRI KITA.

APA YANG SAYA HARAP SUPAYA KITA MENERIMA SEMUA YANG BERLAKU INI DENGAN HATI YANG REDHA DAN TERBUKA

Read more...

PEGUMUMAN PENTING UNTUK RAKYAT PERAK

HARI INI ( JUMAAT ) JAM 3.30 PETANG


AKAN DIADAKAN SATU MAJLIS ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR BARU PERAK
Y.A.B DATO'DR ZAMBRY BIN ABDUL KADIR

MAJLIS AKAN BERLANGSUNG DI ISTANA ISKANDARIAH , KUALA KANGSAR , PERAK DARUL RIDZUAN

INI MERUPAKAN SATU LEMBARAN BARU DALAM SEJARAH NEGERI PERAK ,

Read more...

TAHNIAH KEPADA Y.B DATO DR ZAMBRY



SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA Y.A.B DATO DR ZAMBRY BIN ABD KADIR ADUN PANGKOR KERANA TELAH DILANTIK MENJADI MENTERI BESAR PERAK YANG BARU

SEMOGA Y.A.B DAPAT MENJALANKAN PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN MENJAGA KEPENTINGAN SEMUA RAKYAT PERAK DAN MENJAGA KEPENTINGKAN ORANG - ORANG MELAYU DI PERAK

SAYA BERDOA SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT KEPADA Y.A.B DATO DR ZAMBRY DAN BARISAN EXCO YANG AKAN DILANTIK NANTI

sedikit mengenai Info
Datuk Dr Zambry Abdul Kadir

TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)

KELULUSAN AKADEMIK:
# PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
# MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
# MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
# B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

PENCAPAIAN:
# Anugerah Kepujian (PhD) 1995
# Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
# Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

JAWATAN:
# Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
# Ketua Umno Bahagian Lumut
# Adun Pangkor (sejak 2004)
# Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)

Read more...

KENYATAAN PENUH SULTAN PERAK

>> Khamis, Februari 05, 2009




Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

"Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Feb 5, 09 5:15 petang.
- http://www.malaysiakini.com/news/97682

Read more...

BARISAN NASIONAL MENUBUHKAN KERAJAAN DI NEGERI PERAK





ALHAMDULILLAH , BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH S.W.T KERANA BARISAN NASIONAL TELAH BERJAYA MENDAPATKAN MANDAT UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN DI NEGERI PERAK,DAN TAHNIAH KEPADA BARISAN KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO NEGERI PERAK KHASNYA DAN UMNO MALAYSIA.DAN TAHNIAH JUGA KEPADA KEPIMPINAN BARU PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PERAK Y.A.B DATO'SERI NAJIB TUN RAZAK DAN BARISAN EXCO BELIAU.KINI KITA HANYA MENANTI SIAPAKAH YANG BAKAL DILANTIK MENJADI MENTERI BESAR PERAK YANG BARU MENGANTIKAN MENTERI BESAR DARI "PAKATAN RAKYAT".

SEPULUH BULAN YANG KITA NANTIKAN DENGAN PENUH KESABARAN DAN PELBAGAI DUGAAN YANG DATANG.10 BULAN YANG PENUH PENYIKSAAN KEPADA ORANG MELAYU DINEGERI PERAK.

TAHNIAH KEPADA 4 ORANG YANG MENJADI TITIK TOLAK KEPADA PERUBAHAN INI

1.Y.B JAMALUDDIN MOHD RADZI ADUN ( BEBAS )BEHRANG
2.Y.B KAPT( B ) MOHD OSMAN JAILU ADUN ( BEBAS ) CHANGKAT JERING.
3.Y.B HEE YIT FOONG ADUN ( BEBAS ) JELAPANG

KERANA ANDA SEMUA TELAH MEMBUAT SATU KEPUTUSAN DAN IKHLAS UNTU KESTABILAN POLITIK

DAN TAHNIAH YANG TERAKHIR DAN YANG CUKUP BERMAKNA KAPADA SEMUA ORANG - ORANG UMNO PERAK DAN KHAS NYA PENGUNDI - PENGUNDI DI DUN BOTA IALAH
Y.B DATO'NASHARUDDIN HASHIM KERANA TELAH KEMBALI MENYERTAI PERJUANGAN SUCI UNTUK MEMBELA AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR.

WALAUPUN SEBELUM INI BANYAK ORANG - ORANG UMNO TERMASUK SAYA SENDIRI MERASA MARAH KEPADA BELIAU.

TERIMA KASIH KEPADA KALIAN SEMUA.JASA KALIAN TERHADAP PERJUANGAN MEMBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALASNYA.

DAN AKHIR SEKALI TAKDA APA YANG NAK DITERIMA KASIHKAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG MEMERINTAH 10 BULAN KERANA TIADA SATU JASA PUN DARI MEREKA UNTUK MEMBANTU BANGSA MELAYU.YANG ADA HANYA JASA MERAKA YANG CUKUP BERJAYA UNTUK MENUKAR KERETA RASMI BARU.

Read more...

DUA ADUN PKR LETAK JAWATAN???

>> Isnin, Februari 02, 2009



Jamaluddin Mohd Radzi (kiri) dan Mohd Osman Jailu.

Wakil Rakyat Behrang, Changkat Jering buat penafian

IPOH: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar, semalam mengumumkan peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi kedua-dua wakil rakyat itu, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) menafikannya.

Peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman itu diumumkan V Sivakumar, dalam kenyataan yang difakskan di sini, malam tadi.

Jamaluddin yang dihubungi beberapa jam selepas itu, bagaimanapun berkata surat peletakan jawatannya dan Mohd Osman yang diterima Sivakumar sebenarnya ditandatangani pada 8 Mac tahun lalu kerana kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu bimbang tujuh Adun mereka akan keluar parti.

"Surat itu digunakan seolah-olah saya sudah letak jawatan sebagai Adun. Ini satu pembohongan. Saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Mengenai kedudukannya ketika ini, Jamaluddin berkata, beliau masih Adun PKR dan belum mengisytiharkan menyertai Umno atau menjadi wakil rakyat bebas.

Ditanya mengenai 'kehilangannya' sejak beberapa hari lalu, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu lalu. Bagaimanapun, Jamaluddin enggan memberitahu di mana beliau berada sepanjang tempoh itu.

Jamaluddin, 52, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, manakala Osman, 57, yang memegang portfolio Pelancongan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, sebelum ini disebut-sebut akan menyertai Umno.

Spekulasi itu tersebar selepas kedua-dua Adun berkenaan dilaporkan 'hilang' sejak 26 Januari lalu.

Sebelum itu, Sivakumar dalam kenyataannya, mendakwa surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman diserahkan di rumahnya pada jam 5.45 petang semalam dan berkuat kuasa serta merta.

"Surat peletakan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Negeri Perak itu diterima berasaskan Artikel XXXV, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh itu, saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak akan mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi itu dengan segera," katanya.

Sivakumar berkata, beliau akan menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi memaklumkan mengenai kekosongan kerusi itu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari seperti termaktub dalam Artikel XXXVI (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Jamaluddin mengalahkan calon BN, Datuk M Ramasamy, dengan majoriti 1,027 undi manakala Mohd Osman menewaskan calon BN, Datuk Mat Isa Ismail, dengan majoriti 1,102 undi.

Kedua-duanya kini menghadapi tuduhan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah. Perbicaraan kes berkenaan akan bermula di Mahkamah Sesyen di sini selama tiga hari bermula 10 Februari ini.

Ketika ini, Pakatan Rakyat Perak mempunyai 32 Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lalu, manakala BN dianggotai 27 Adun.

PETIKAN DARI AKHBAR BERITA HARIAN Isnin, 02 Februari 2009 / 7 Safar 1430H

SELEPAS APA YANG KITA BACA DIATAS,KITA LIHAT BERLAKU SEDIKIT KELAM KABUT.DIMANA KERAJAAN PR NEGERI PERAK,SUDAH TAKUT DENGAN BAYANG - BAYANG SENDIRI.MEREKA TAKUT 2 ADUN MEREKA MELOMPAT PARTI.SAMA SAMA LAH KITA MELIHAT KESUDAHAN CERITA MEREKA INI.

Read more...

Chat roll Blogger Pembela Negara BPN

Arkib Blog


  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP